Monday, October 8, 2007

final project: SALAHLAKU PELAJAR

ini adalah hasil kerja kumpulan saya yg terdiri dari saya sendiri shawal,nasir,rosman dan juga hafiz...ini adalah projek akhir kami. membawa konsep iklan dalam pembangunan. tajuk iklan kami adalah salah laku pelajar. sasaran kami adalah pelajar yang menjalani minggu orientasi 3M. projek iklan kami adalah untuk Universiti Kebangsaan Malaysia. selamat menonton.

Sunday, October 7, 2007

kerja kursus ke-3

ini adalah tugasan yang ke-3. kami diminta untuk mengadaptasikan konsep pembangunan dalam bentuk grafik. oleh itu, saya telah melukis gambar dunia berserta bangunan. jika di lihat terdapat pergerakan dalam bangunan tersebut. berserta disulami dengan perkataan GLOBAL yang membawa maksud pembangunan secara menyeluruh di seluruh dunia.

kerja kursus ke-dua

ini adalah gambar ke dua. tugasan kedua ini melukis potret kawan saya. gamabr ini adalah gambar kawan saya iaitu Siti Aishah binti Ismail. agak sukar melukis potret sebenarnya

kerja kursus pertama...

ini adalah gambar pertama yang saya lukis ketika di kelas grafik. ini adalah pemandangan di kampung saya. gambar tersebut adalah hutan. ini kerana rumah saya di kawasan hutan simpan Endau-Rompin yang terkenal dengan kawasan hutan simpan.