Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

CINTA HIGH CLASS & CINTAKU KERANA AGAMAMU

Sudah hampir setahun novel ustzh fatimah syarha dan Dr farhan hadi nie aku baca. Buku ini cukup bernilai bagiku. Cover bukunya cukup menarik perhatian untuk di baca. Nyata gabungan penulisan suami isteri ini tidak mengecewakan. Aku telah miliki hampir semua karya  mereka. Cara penulisan mereka yang cuba menarik minat golongan remaja untuk membudayakan cara hidup islam dalam kehidupan cukup menarik perhatian ku.. rugi juga kalau tuan hamba di sana tidak membacanya..

Dalam novel ini terbahagi kepada dua cerita..so, dalam satu novel nie ada dua cerita la..tetapi kedua-dua cerita ini saling berkait dalam watak yang sama.. cuma dalam dominasi watak yang berbeza.. Kalau sebelum ini anda pernah membaca novel Ustzh Fatimah Syarha "pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul" dan novel Dr farhan hadi "cinta medik" pasti anda akan lebih menghayati novel penulisan mereka pada kali ini.

Watak Qa'niah di gambarkan dengan peribadi muslimah yang sejati..begitu juga Dr muslih seorang yang tinggi kesolehannya.. Aku cukup tertarik dalam cara mereka mengikat tali pertunangan dan seterusnya menuju ke gerbang perkahwinan.. Syariat islam ditekankan. Tiada istilah 'couple' dalam perhubungan mereka. Setiap  "sms" di hantar ada orang tengah yang digunakan. Bercinta selepas kahwin. cukup indah. Mungkin ada sesetengah pihak akan ada rasa ragu-ragu bercinta selepas kahwin. Kerana kita belum cukup mengenali seseorang itu. Tetapi percayalah pada Jodoh Allah. Setiap dari kita sudah tertulis jodohnya di Luh Mahfuz. So, kenapa perlu couple?? kenapa perlu risau??Dr muslih menikahi Qaniah tanpa sempat di melihat wajah nya.. Jodoh yang diperkenalkan oleh orang tengah dan dikukuhkan lagi dengan solat istiqarah cukup membuat Dr muslih yakin dengan jodohnya. Dr muslih tidak memandang kecantikan luaran  tetapi memandang kecantikan iman. Nyata hidup bersama isteri yang cantik imannya pasti bahagia hidup berkeluarga. 




Thursday, April 18, 2013

Pesta Buku PWTC 2013 datang lagi

Sahabat baik ku semua sudah mula kecoh pesta buku pwtc.. Mana tidaknya.. jualan buku murah di samping dapat berjumpa penulis terkenal.. siapa lah tak teruja. termasuklah aku... walau aku dah berjanji dengan seseorang yang aku tak akan membazirkan duit untuk membeli buku pada pesta buku kali ini kerana masih banyak buku aku beli sebelum ini masih belum sempat aku baca.. tetapi cintaku pada buku dan dunia penulisan kadang-kadang buat aku terleka... moga-moga aku bakal mendapat isteri yang faham dengan minat aku ..dan memberi ruang masa untuk aku berkarya...so wife aku nanti harapnya seorang yang sibuk juga.. so tak lah ruang untuk berselilih pendapat kerana masing-masing sibuk dengan kerja dan pastinya masa yang ada akan digunakan secara berkualiti. Aku pasti dengan pilihanku. Imbas kembali kenangan aku di PWTC tahun lepas..cukup bermakna dalam diari kehidupan aku. dapat berjumpa idola dalam penulisan novel seperti Habiburahman EL-Syarazi, Anis Ayuni, Damia Hanna, Ramlee Awang Muryid etc. Syukur aku diberi peluang stady kat UKM.. naik komuter saja ke pwtc.. dengan hanya kos tambang kurang dari rm10 aku dapat idola aku. sangat berbaloi. paling best dapat jumpa Habibur rahman el syarazi tue.. cam bermimpi juga aku time tue.. jauh dia datang dari indonesia..sebelum nie lihat dari kaca tv (dalam ketika cinta bertasbih) aku kagum dengan personaliti..bukan niat untuk mengagungkan manusia.. namun sikap dan peribadi yang baik itu wajar kite contohi..indah dan puitis bahasa beliau didalam novel begitu jua sifat peribadinya.. memiliki latar bekang sekolah agama membuat beliau menghiasi indah bait-bait bahasa cinta dalam islam. membuat aku cukup puas membaca karyanya.. Kali ini peminat RAM pasti akan serbu dia lagi la..aku berbaris panjang hanya untuk mendapat autografnya untuk buku Sunan musafir tahun lepas. kagum nya dua nama hebat dalam penulisan novel iaitu RAM dan Damia hana (novel bicara hati) merupakan graduan UKM dari fssk dan fep..Banga juga aku jadi student UKM nie.. so ini membuktikan bahawa tidak semestinya penulis novel itu tiada ilmu...orang berpengajian tinggi juga mampu menulis dengan baik dan berkualit asal bakat itu diasah. Aku teringin nak beli buku "lelaku eksklusif" buku tue masih belum aku dapatkan lagi...harapnya aku dapat beli di pwtc pada 27 hb april nanti...



RAM di PWTC  27 april 2013
   
 aku bersama Anis Ayuni

aku bersama RAM
aku bersama saudara Hbiburahman El-Syarazi

AKU BERCERITA

Novel  Ramlee Awang Mursyid yang terbaru telah aku baca beberapa bulan lalu. Novel yang terakhir aku beli di Popular Mentakab. Sebagai kenangan aku sampai di Mentakab. Seperti biasa RAM tak kan pernah mengecewakan peminatnya. Hasil penulisan novel RAM kali ini cukup buat pembaca tidak sangka penghujung ceritanya. beberapa cerita dalam satu novel di gabung jalin dengan begitu hebat sekali. Isu Writer Block yang di ketengahkan dalam penulisan ini cukup menarik untuk dibaca. Kadang kala aku terfikir bahawa ini kisah sebenar RAM. Namun mana mungkin aspek bayangan lembaga itu wujud. Dalam banyak-banyak cerita dalam novel "Aku Bercerita ini" aku tertarik dengan cerita  kisah kejadian 15mei. Luar jangka. Realistik. Tetapi Logik. Selain buku siri sunan.. aku rasa Buku AKU BERCERITA ini turut menarik dibaca.



Wednesday, April 17, 2013

PELABUHAN KASIH

Pelabuhan Kasih. Novel yang sangat bermakna dalam hidupku. Satu-satunya novel yang pastinya akan membuat aku teringatkan seseorang. Berulang kali aku baca. Novel ini mengisahkan watak seorang perempuan bernama Fatin Nabilah yang berkenalan dengan seorang lelaki bernama Azril Adam. Prinsip yang dipegang oleh Fatin Nabilah cukup membuat aku kagum dengan pendiriannya. Cinta pertama itu pasti menjadi cinta terakhir baginya. Namun selepas berkahwin dengan Azril Adam  timbul pula masalah dalam rumah tanga mereka. Aku cukup tertarik dengan watak Fatin Nabilah yang digambarkan oleh penulis dimana seorang wanita yang berperinsip dan tabah. Selepas berpisah dengan  Azril Adam, nyata prinsipnya harus dia lempar jauh.. perkenalan dengan fadzil membuatkan hatinya luluh.. Cinta pertama sememangnya indah namun tidak bermakna cinta kedua itu tidak sehebat cinta pertama...akhirnya fatin menerima cinta fazil. Akhirnya belabuh jua di pelabuhan kasihnya.






Tuesday, April 16, 2013

BUMI CINTA




Aku mula jatuh cinta dengan penulisan Habiburrahman El-Syarazi ini. Semua bukunya telah berjaya aku miliki. Buku Paling popular penulisannya yang telah berjaya difilemkan "Ketika cinta bertasbih" dan "ayat-ayat cinta". Namun yang berjaya mencuit hatiku sehingga kini tetaplah novel BUMI CINTA. Novel yang diperkenalkan oleh sahabat baik aku ini ketika tahun 2011 telah membuatkan aku terus terpaut hati. Kisah pemuda islam indonesia bernama Ayas yang menyambung pelajaran di Rusia. Ayas seorang yang memiliki pegangan teguh pada agama islam terpaksa menyewa bersama housemate wanita.. dimana kedua-duanya memiliki sejarah hidup yang sangat tragis. Sikap ayas yang mencerminkan islam itu indah jelas terpapar didalam novel ini. Ayas berusaha keras untuk mencari rumah sewa lain namum pelbagi dugaan dihadapinya.. cukup menarik di mana watak Ayas digambarkan dengan begitu teliti oleh penulis disamping paparan jelas tentang situasi dan pemandangan indah di bumi rusia. Sungguh aku telah jatuh cinta bersama novel ini. Lagi terharu aku membeli novel ini ketika pesta buku di PWTC 2012 dan ketika itu aku berjaya mendapat autograf dan bergambar bersama habiburahman El-syarazi.