Saturday, April 20, 2013

CINTA HIGH CLASS & CINTAKU KERANA AGAMAMU

Sudah hampir setahun novel ustzh fatimah syarha dan Dr farhan hadi nie aku baca. Buku ini cukup bernilai bagiku. Cover bukunya cukup menarik perhatian untuk di baca. Nyata gabungan penulisan suami isteri ini tidak mengecewakan. Aku telah miliki hampir semua karya  mereka. Cara penulisan mereka yang cuba menarik minat golongan remaja untuk membudayakan cara hidup islam dalam kehidupan cukup menarik perhatian ku.. rugi juga kalau tuan hamba di sana tidak membacanya..

Dalam novel ini terbahagi kepada dua cerita..so, dalam satu novel nie ada dua cerita la..tetapi kedua-dua cerita ini saling berkait dalam watak yang sama.. cuma dalam dominasi watak yang berbeza.. Kalau sebelum ini anda pernah membaca novel Ustzh Fatimah Syarha "pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul" dan novel Dr farhan hadi "cinta medik" pasti anda akan lebih menghayati novel penulisan mereka pada kali ini.

Watak Qa'niah di gambarkan dengan peribadi muslimah yang sejati..begitu juga Dr muslih seorang yang tinggi kesolehannya.. Aku cukup tertarik dalam cara mereka mengikat tali pertunangan dan seterusnya menuju ke gerbang perkahwinan.. Syariat islam ditekankan. Tiada istilah 'couple' dalam perhubungan mereka. Setiap  "sms" di hantar ada orang tengah yang digunakan. Bercinta selepas kahwin. cukup indah. Mungkin ada sesetengah pihak akan ada rasa ragu-ragu bercinta selepas kahwin. Kerana kita belum cukup mengenali seseorang itu. Tetapi percayalah pada Jodoh Allah. Setiap dari kita sudah tertulis jodohnya di Luh Mahfuz. So, kenapa perlu couple?? kenapa perlu risau??Dr muslih menikahi Qaniah tanpa sempat di melihat wajah nya.. Jodoh yang diperkenalkan oleh orang tengah dan dikukuhkan lagi dengan solat istiqarah cukup membuat Dr muslih yakin dengan jodohnya. Dr muslih tidak memandang kecantikan luaran  tetapi memandang kecantikan iman. Nyata hidup bersama isteri yang cantik imannya pasti bahagia hidup berkeluarga. 




No comments: