Friday, February 28, 2014

hati sepejal tembok batu

berat hati melihat rakan-rakan sudah mula menamatkan pengajian dengan penghantaran draf tesis penuh masing-masing... tidak kurang rakan-rakan yang mula bekerja dan berkahwin. 1Mac.. perjalanan yang sungguh panjang.. hari demi hari pelbagai pengalaman hidup aku mula perolehi.. muka sebelum ini aku tidak pernah terfikir mampu melakukannya.. dan kini terbukti aku mampu.. sehingga ke peringkat usia sekarang ilmu masih senipis kulit bawang.. jika di beri 100 tahun ingin aku habiskan masa itu dengan nikmat menuntut ilmu dan membaca sahaja.. namun usia aku tidak mungkin sejangkau itu. Kehidupan yang perlu pembahagian.. 2014 pasti nya tahun berjuang untuk aku.. dalam fasa kehidupan yg cukup perit namun itulah kehidupan.. nikmat tanpa tidur..~

Thursday, February 13, 2014

Bengkel ATLAS.ti

selama dua hari aku mengikuti bengkel ATLAS.ti di fakulti ekonomi dan perniagaan UKM. walau aku bukan dari fakulti ini namun aku tetap mengambil peluang yang ada untuk mengikuti bengkel ini. terasa agak agak asing di awalnya.. namun di sebabkan faktor rakan-rakan dan juga kawasan disini yang hampir sebahagian dari hidup aku.. aku mudah untuk sesuaikan diri. Penceramah jemputan dari UUM di bawah fakulti undang-undang iaitu puan Aini..beliau merupakan penceramah pakar dalam ATLAS.ti di Malaysia dan hanya ada dua orang sahaja pakar dalam bidang ini yang di iktiraf dari ATLAS.ti antarabangsa. ATLAS ti merupakan teknik analisis kualitatif yang mula digunakan oleh penyelidik di Malaysia.. Walau aku mungkin tidak mengunakan teknik ini namun aku merasakan penting untung mendapatkan ilmu berkenaan teknik analisis ini selalin analisis mengunakan ANVIVO,rush model dan teknik analisis lain. hanya bergantung kepada SPSS aku merasakan tidak mencukupi. 

ATLAS.ti bukan sahaja untuk boleh di gunakan untuk analisis, tetapi juga untuk L.R (chapter 2) dan ia amat mudah untuk digunakan. sayang dan rugi rasanya aku terlewat untuk mengikuti bengkel ini dan adalah lebih baik sekiranya aku mengikuti ketika semester 1 atau 2... sekarang mungkin sudah terlewat dan aku perlu lebih fokus kepada  tesis aku sekarang dan lebih kepada memurnikan lagi tesis aku sekarang dan yang lebih penting adalah untuk mendapatkan data pada awal April. Semoga Allah permudahkan segalanya. 


Tuesday, February 11, 2014

UKM mula sesak

minggu-mingu akhir penamat semester..terasa pantas waktu berlalu..dan aku tak menyangka sudah sampai ke hujung semester. Apa yang seronok time cuti semester UKM nyata kosong.. sepi.. dan parking kereta kosong tanpa berebut.. dan sekarang parking kereta mula penuh..Saat di hujung ini aku mula risau dengan progress tesis aku.. entah kemana aku pun tak tahu.. saat melihat kawan-kawan master mula submit tesis.. harapnya memberi semangat untuk aku lebih berganda usaha untuk buat tesis...esok selama dua hari aku akan menghadirkan diri untuk kursus ATLAS.ti di  FEP UKM.. aku masih belum jelas dengan analisis mengunakan sistem ATLAS.ti untuk kualitatif.. namun di harapkan esok mampu membuka mata aku untuk mengunakan analisis ini dalam penulisan jurnal.


Sunday, February 9, 2014

mulakan kembali konseptual tesis

konseptual.. itulah yang menghantui aku sekarang.. dalam setiap calon phD pasti menemui masalah dalam merangka konseptual mereka sendiri.. bukan tidak mahu meniru mana-mana yang telah sedia ada.. namun akan dipersoal dimana originalitinya? Aku mengeluh panjang di ptsl.. tempat baru aku ketika ini di koleksi asia tengara.. sudah lama aku tidak masuk ke ruang ini.. aku lebih tertumpu di ruang jurnal level 3 ptsl. kerana suasana di sana lebih senyap dan tiada orang lalu lalang.. namun hari ini aku mengambil peluang untuk mencari kawasan baru. harapnya memberi aku motivasi yang lebih untuk menulis. nyata suasana disini lebih bersifat bersaing.. masing-masing mencuba untuk siapkan kerja-kerja yang tertanguh.. dalam cuti semesti ini hampir 80% penghuni ptsl ini terdiri daripada kalangan pelajar pjj sahaja.. dan pasti nya peringkat umur 30-an keatas. jejari aku masih lagi kaku dalam menghadap jurnal-jurnal di laptop dengan mata yang makin kuyu.. aku mencari -cari kekuatan untuk teruskan kerja.. dan aku pegang pada kata-kata : phD bukan untuk pelajar yang pandai namun untuk pelajar yang komited dan rajin.  Banyak aku pelajari dari hari ke hari. pastinya ilmu ini turut mengiringi aku kelak dalam usaha menamatkan pengajian.. nampak mudah namun sukar pada hakikatnya.. iya.. itulah hakikatnya...



Betulkan Niat

Aku masih tercari-cari... niat aku sebenar ke sini.. ke gedung Ilmu.. bukan calang-calang  tempat yang ku jejak.. tempat melahirkan ramai ilmuwan dan tak kurang orang-orang hebat di luar sana.. Dalam kekusutan menulis tesis aku sempat terpamit kembali kisah lalu..  kisah dibangku sekolah.. untuk aku singkap terlalu manis.. Aku berkobar-kobar untuk jejakkan kaki ke menara gading.. NIAT aku cuma untuk keluar dari kampung dan mendapat peluang kerjaya yang jauh lebih baik.. Dan ketika berpeluang melanjutkan pelajaran ke sini.. aku mula berubah.. kenalan baru aku kenal.. mereka mula merubah aku dari segi pemikiran dan tidak dapat tidak pensyarah juga turut merubah fikiran aku.. Dalam asyik di tahun akhir pengajian peringkat sarjanamuda.. aku mula memasang NIAT untuk menyambung pelajaran ke peringkat master dan PhD? pada ketika itu aku memandang peringat master dan phD ini terlalu hebat.. dan akhirnya aku memilih untuk sambung master pada julai 2009. Perjalanan ketika aku menyambug master terlalu indah.." indah dan mudah".. Allah mempermudahkan segalanya.. Alhamdulilah aku mendapat keputusan yang cemerlang disamping menamatkan pengajian master selama setahun. Dan aku dipermudahkan lagi dengan mendapat peluang pekerjaan sebelum aku tamat pengajian lagi.. mungkin NIAT aku ketika itu untuk membantu keluarga dipermudahkan..kini.. aku harus perbetulkan NIAT aku.. dan aku terasa tersasar jauh.. kenapa aku begitu leka.. sedang sebelum ini seorang yang berfokus.. Manusia sering terleka dan terlupa.. semoga aku tidak lari lagi dari landasan yang sepatutnya...



Saturday, February 8, 2014

Cabaran dalam mendapatkan phD

Terasa waktu berlalu begitu pantas. Begitulah perasaan aku sekarang.. Berada dalam semester 5 phD namun hasil kajian belum lagi selesai. Impian untuk mendapatkan phD dalam usia 28 tahun akhirnya berkecai bak kaca terhempas ke lantai. yang pasti aku tetap redha dan pasrah dengan takdir dan rezeki. Untuk aku kecewa belum lagi .. aku masih akan terus berusaha.. Ramai juga kawan-kawan aku sudah mula menyambung ke peringkat phD di universiti tempatan mahupun universiti luar negara.  dan aku tetap berbanga menyambung phD di Universiti tempatan. Walau dimana sekali pun kita menyambung pelajaran yang penting adalah ilmu yang kita peroleh.. bukan sekadar nama. sepanjang aku bergelar pelajar phd di UKM terlalu banyak aku pelajari dan tak kurang di uji dengan dugaan-dugaan.. dan pastinya tak akan aku mengalah... selagi termampu aku tetapkan pendirian aku aku..

Cabaran paling hebat aku terpaksa tangung pastinya berhadapan dengan supervisor..  akibat kurang persediaan 100% dari segi pembacaan dan penulisan.. aku sering kali ditegur dengan berhikmat.. kekadang rasa malu dengan diri sendiri.. tidak mencapai KPI seorang pelajar PhD.. aku tidak mahu dilebelkan sebagai pelajar yang tidak berkualiti dan sekadar atas nama.. benar pada peringkat sekarang aku perlu gandakan usaha dan lebih fokus. Cabaran kedua adalah psikologi.. yang ini tidak dapat tidak aku memang hampir tersungkur di pertengah jalan.. atas faktor diri aku sendiri yang perlukan teman sebagai penyeri hidup.. terpaksa aku buang jauh-jauh.. bukan bermakna tidak berkawan namun dalam ketika ini aku perlu bersendirian.. daripada perbincangan aku bersama rakan-rakan seperjuangan aku sendri memberi pandangan yang hampir sama.. dan tidak dapat aku lupa kata-kata seorang teman " ada waktu kita perlu berteman dan ada waktu kita perlu bersendirian dan waktu bersendirian itu adalah sekarang".. aku terkesima dengan kata-kata itu.. dan membuang aku terfikir sejenak.. aku sekarang perlu membawa diri sendiri dan menghabiskan sisa-sisa waktu aku di ukm dalam berbulan-bulan ini dalam penulisan tesis aku. jujur aku katakan.. hari-hari aku rindukan sahabat-sahabatku ...terlalu hebat kalian untuk aku lupakan.. terlalu ikhlas persahabatan kalian untuk aku katakan...dan pastinya Norsham Alias berikan kata-kata yang tak kan aku lupakan.. "wal kita perlu kuat dan simpan semua itu dalam hati jika tidak kita tak kan berjaya" .. dalam usia menjangkau ke 30 -an aku harus mula fikirkan hidup berumah tanga..oleh itu aku perlu habiskan phd aku secepat mungkin dan mencari pekerjaan yang bersesuaian.




Wednesday, February 5, 2014

Bila cuti semester

Bila cuti semester semua orang balik
Bila cuti semester aku tertinggal tak bali-balik
Bila cuti semester aku tercari-cari balik

Mana kawan?
Mana Lawan?

Sepi kolej
Sepi lagi hati aku..

Hilang kawan
Hilang lah semangatku..

Hayat tesis semakin pendek...
Supervisor memekik mekik..
Jangan nak berbodek bodek..



Monday, February 3, 2014

hari2 sepi di UKM

Assalamualaikum,

Terasa lama aku tinggalkan penulisan blog ini. Masa terlalu bermakna dalam situasi aku sekarang. Walau hati berbuak-buak untuk aku menulis blog. Letih lesu di sepanjang hari-hari aku.. pembukaan tahun 2014...sedar tidak sedar sudah pun masuk ke bulan febuari 2014. sekejap saja masa berlalu. 2014.. cukup bermakna bagi aku.. pelbagai kisah suka dan duka di awal tahun 2014 nie berlaku.  bukan tidak teruja untuk aku bercerita di blog.. ingin aku tulis seperti diari A-Z kisah hidup aku.. namun masa untuk menulis itu aku sandarkan pada yg lebih perlu.. untuk aku sekarang penulisan tesis aku masih dalam progress. dan dengan harapan setinggi gunung aku mengharapkan mampu siap draf dalam penghujung tahun nie...

2014 aku mula rindu akan zaman-zaman dahulu~ bukan pemikiran klasik untuk difikirkan namun aku lebih untuk terkenang.. sahabat baik aku sudah tamat pengajian (tak perlu untuk nyatakan namanya) tapi dia adalah kawan terbaik yg pernah aku kenali. Dia nyata seorang yang ikhlas untuk berkawan.. bila dia tiada aku mula teringat-ingat.. nama tidak nya. sepanjang setahun setengah dia di BUMI UKM nie aku berkepit dengan dia..haha lucu betul. macam-macam kisah kami ada.. namun biarlah itu jadi lipatan sejarah untuk masa hadapan.dia mula menampakan aku tentang perjalanan hidup yang lebih jelas..semoga di kau pertemu jodoh isteri yang solehah ~::  dan aku masih harus teruskan perjuangan yang nyata belum selesai di BUMI UKM~