Thursday, February 13, 2014

Bengkel ATLAS.ti

selama dua hari aku mengikuti bengkel ATLAS.ti di fakulti ekonomi dan perniagaan UKM. walau aku bukan dari fakulti ini namun aku tetap mengambil peluang yang ada untuk mengikuti bengkel ini. terasa agak agak asing di awalnya.. namun di sebabkan faktor rakan-rakan dan juga kawasan disini yang hampir sebahagian dari hidup aku.. aku mudah untuk sesuaikan diri. Penceramah jemputan dari UUM di bawah fakulti undang-undang iaitu puan Aini..beliau merupakan penceramah pakar dalam ATLAS.ti di Malaysia dan hanya ada dua orang sahaja pakar dalam bidang ini yang di iktiraf dari ATLAS.ti antarabangsa. ATLAS ti merupakan teknik analisis kualitatif yang mula digunakan oleh penyelidik di Malaysia.. Walau aku mungkin tidak mengunakan teknik ini namun aku merasakan penting untung mendapatkan ilmu berkenaan teknik analisis ini selalin analisis mengunakan ANVIVO,rush model dan teknik analisis lain. hanya bergantung kepada SPSS aku merasakan tidak mencukupi. 

ATLAS.ti bukan sahaja untuk boleh di gunakan untuk analisis, tetapi juga untuk L.R (chapter 2) dan ia amat mudah untuk digunakan. sayang dan rugi rasanya aku terlewat untuk mengikuti bengkel ini dan adalah lebih baik sekiranya aku mengikuti ketika semester 1 atau 2... sekarang mungkin sudah terlewat dan aku perlu lebih fokus kepada  tesis aku sekarang dan lebih kepada memurnikan lagi tesis aku sekarang dan yang lebih penting adalah untuk mendapatkan data pada awal April. Semoga Allah permudahkan segalanya. 


No comments: