Tuesday, May 21, 2013

bercuti seminggu

Bermula esok aku akan pulang ke kampung..bila di kampung masalah utama tiada line internet... so selama hampir seminggu aku xkan update blog n fb.. masa akan diperuntukan sebaiknya tuk family.. di samping membuat persiapan beberapa perkara penting dalam hidup yang pasti hanya di ketahui oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat saja.

Memandangkan cuti semester sudah hampir ke hujungnya..pasti lebih banyak aktiviti bersama rakan-rakan.. pelbagai perancangan telah diaturkan.. aku?? entah. ikut saja kata mereka.. ada yang nk bersuka ria di genting? ada nak mendaki bukit di broga... ada yang masih nak bermandi manda di sg tengkala... tak kurang juga masih mahu bersengkang mata stady... semua yea perancangan kita.. tapi perancangan ALLAH lagi hebat.. kadang2 last2 minute tue la menjadi..

esk aku bertolak awal pagi ke kg..pukul 4pg harap nya dapat keluar dari pintu UKM menuju ke bandar Kuala Rompin... harapnya segalanya berjalan lancar.. aku tetap percaya pada takdir, rezeki dan jodoh itu Urusan ALLAH.. sehebat mana pun manusia merancangan.. perancangan ALLAH jua yang terbaik.. Aku cuba untuk tidak risau.. takut mahupun berfikiran negatif...


                               lagu yang aku kan menjadi kenangan hingga ke akhir hayat. (T   T)

Sunday, May 19, 2013

LOnG WeekenD...

Hari minggu yang cukup indah untuk di kenang di masa depan.. aku dengan rakan-rakan di UKM berjalan sakan.. memandangkan sudah hampir ke penghujung semester...mungkin ada dikalangan kami akan tamat pengajian..so susah la la nak jumpa lepas nie.. semoga kenangan sementara ini menjadi kenangan indah untuk dikenang di masa depan... 

Hari sabtu. aku bawa rakan-rakan berkunjung di teratak bonda.. rumah family angkat aku di sungai congkak hulu langat.... kedatangan kami di sambut baik... terubat juga rindu aku pada mereka.. hampir 3 tahun aku tak ke sana... mandi sungai.. aktiviti paling best... sempat juga kami buat BBQ.. pangang ayam, ikan dan sosej... thx to bonda yg siapkan rempah~ kredit to my bff helmie n aidil.. terer la korg buat  sandwich.

lps bermandi manda di sg congkak.. terus singah ke alamanda main bowling (,")... ok fine..aku hampir kalah.. tp kira ok la... bukan dpt title raja longkang...


sebelum berangkat ke sg congkak...lokasi: di KUO UKM



























Thursday, May 16, 2013

Selamat menyambut hari guru 2013


dengan bertemakan hari guru 2013 satu aspirasi satu agenda... cukup ringkas namun padat maksud di sebaliknya... di mana Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

Guru satu profesion yang amat mulia.. dan merupakan salah satu profesion impian aku suatu ketika dahulu...namun dalam situasi aku sekarang..aku terpaksa mengubah impian itu.. tetapi dalam konteks yang masih sama iaitu pendidik.. aku sempat juga menjadi pendidik suatu ketika dahulu.. cukup manis jika dikenang situasi ketika itu.. dengan seikhlas hati aku berkongsi segala ilmu ku bersama anak bangsa ku.. Alhamdulilah sehingga kini masih ada bekas anak didik ku tetap memberi ucapan selamat hari pendidik buat aku..

teringat saat di bangku sekolah..sambutan 16 mei hari guru sememangnya dinanti-nantikan oleh semua murid... pemberian hadiah kepada guru sebagai tanda ingatan terima kasih dan membuat pelbagai persembahan kebudayaan ...

sungguh indah saat itu.. rakan-rakan ku sekarang apa kurangnya.. hampir 40 % dari rakan-rakan ku adalah di kalangan pendidik...

selamat hari guru buat seluruh guru dan warga pendidik di seluruh dunia... terutama buat bekas guru aku di SMKR dan SKR dan UKM... terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan.. tanpa anda... mungkin aku tak kan berada di mana aku berada sekarang.. 




Wednesday, May 15, 2013

untuk kenangan masa depan (T______T)

kenangan bersama rakan-rakan rapat di UKM.. semoga ukuwah persahatan kita kekal terjalin sehingga ke akhir hayat... sebelum ada yang  sudah berjaya mendapatkan master dan phD dan ada yang bakal bergelar suami orang..
 lokasi : Putrajaya.15/5/2013   (10 Pm-1am)