Thursday, May 16, 2013

Selamat menyambut hari guru 2013


dengan bertemakan hari guru 2013 satu aspirasi satu agenda... cukup ringkas namun padat maksud di sebaliknya... di mana Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

Guru satu profesion yang amat mulia.. dan merupakan salah satu profesion impian aku suatu ketika dahulu...namun dalam situasi aku sekarang..aku terpaksa mengubah impian itu.. tetapi dalam konteks yang masih sama iaitu pendidik.. aku sempat juga menjadi pendidik suatu ketika dahulu.. cukup manis jika dikenang situasi ketika itu.. dengan seikhlas hati aku berkongsi segala ilmu ku bersama anak bangsa ku.. Alhamdulilah sehingga kini masih ada bekas anak didik ku tetap memberi ucapan selamat hari pendidik buat aku..

teringat saat di bangku sekolah..sambutan 16 mei hari guru sememangnya dinanti-nantikan oleh semua murid... pemberian hadiah kepada guru sebagai tanda ingatan terima kasih dan membuat pelbagai persembahan kebudayaan ...

sungguh indah saat itu.. rakan-rakan ku sekarang apa kurangnya.. hampir 40 % dari rakan-rakan ku adalah di kalangan pendidik...

selamat hari guru buat seluruh guru dan warga pendidik di seluruh dunia... terutama buat bekas guru aku di SMKR dan SKR dan UKM... terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan.. tanpa anda... mungkin aku tak kan berada di mana aku berada sekarang.. 




No comments: