Thursday, June 27, 2013

pertemuan itu mutlak dan perpisahan itu wajib

sukar di ungkap dengan kata-kata. cukup sekadar wajah yang berbicara. Perkara yang paling aku tak suka adalah perpisahan.. berpisah dengan keluarga dan rakan-rakan suatu yang berat kadang-kadang untuk aku lakukan. cuti semester sudah bermula. hermm hari nie. seorang rakan aku fly ke kepulauan borneo. pulang ke kampung halaman. Insya ALLAH jika dipanjangkan umur, 2 bulan lagi kita berjumpa lagi.

kita akan melalui pelbagai fasa dalam kehidupan ini. kekadang kita dalam tidak sedar yang kita akan mula meninggalkan satu demi satu fasa kehidupan. dalam kita bersedia atau tidak, fasa itu tetap akan mula kita tempuhi.. kekadang.. aku cuba katakan "tak nak" aku hanya mahu semuanya seperti biasa...


 jangan wujud itu dan ini..
 jangan ada itu dan ini...
 jangan datang itu dan ini..

tapi siapa aku yang tiada kuasa untuk menentukan segalanya...

Siapalah aku untuk menolak takdir.. siapalah aku untuk menjadi penentu..

 Namun, aku bahagia.. terlalu banyak kenangan manis dalam hidup aku... jika dicatat segalanya..pasti aku menjadi karya novelis yg hebat..

Hidup dalam pengembaraan... ada kala setiap perjalanan itu pasti kita menempuhi jalan air..ada kala menempuhi hutan belantara..kadang kala berjalan di padang pasir..


aku rindu ----------------->

 SMKR
pakli..cek p... ayu.. sham...  teha.. shedah...yap...lan..tajul....

UKM  SP
hafiz...man..nasir..gopi..

GENG kolej AMIN

 rindu kamu ...amirul..nana..huda...wan...ammar...

UKM master envrmnt

khai..fiza...MJ..mizi..azran...

UKM 2013..
  kalian yg berada di sekeliling ku skrg. (T-T)
 - helmie, sham, adil, sani, zairie, abg din, din -


 makan malam terakhir bersama kalian untuk semester ini 
v
v
v







                                                             lagu untuk kalian~ doa perpisahan~

Monday, June 24, 2013

selamat berjuang sahabatku.

hari yang cukup sepi untuk aku..bukan sepi kerana tiada sesiapa di sekeliling aku.. namun aku sepi dengan berita dari sahabat aku. Berat rasa hati aku untuk mendengarnya.. berat lagi tuan badan yang memikulnya. Sahabat di sebelah bilik aku bakal posting pada 1julai ini . tempat posting nya di SABAH. hermm kenapa sabah? jauh btl.. baru kami merancang lepas tamat pengajian nanti kami tetap berjumpa sekali sekala. tapi kalau di sabah mana mungkin untuk aku ke sana? mungkin dugaan buat kamu sahabatku. pasti lps nie teringat selalu ketukan bilik dan guarau senda bahasa kelantan kamu. terasa berat juga hati untuk berpisah dengan kamu teman. takdir ALLAH. kerana ALLAH kita berjumpa kerana ALLAH juga kita berpisah. tiap2 semester dapat kawan baru (T__T) manun kawan lama tetap di kenang selamanya. Kerana kamu sahabatku ...



Wednesday, June 19, 2013

Apa tujuan anda membuka akaun blog?

Datang satu persoalan kepada aku. Kenapa aku buat blog? jawapannya pasti untuk aku lebih mudah untuk berkarya, dan berkongsi bersama-sama rakan tentang aktiviti dan untuk simpan kenangan di alam maya. Bukan tidak mahu untuk menulis karya yang lebih berfaedah atau kermanfaat, namun idea dan akal ak belum tercapai ke arah itu. Gaya dan bentuk penulisan aku masih lagi lemah. tapi cukuplah untuk aku meluahkan isi hati aku pada key bord laptop. aku teringin untuk berkarya...terasa laju untuk mata pena aku untuk menulis. Namun masa terlalu menghimpit aku. Jika diberi waktu sehari 48 jam pasti aku mampu, Namun dengan 24 jam sehari ditolak dengan waktu tidur , solat, makan, tesis dan keluar jalan-jalan.. pasti tidak cukup.

Dalam usia aku sekarang juga masih terlalu banyak ingin aku capai. boleh atau tidak aku tidak sesekali akan mengaku kalah. Aku pasti berusaha. Tapi prinsip aku tetap sama " lakukan apa yang aku minat"  .

teringin juga untuk aku berkongsi tentang OHSAS dan isu-isu tentang alam sekitar di blog aku ini..In Sha Allah perlahan - lahan aku akan cuba meng update semua tue (T_____T),


Aku kagum juga melihat junior dan senior aku yang berjaya menjadi penulis buku yang terkenal ,seperti ramlee awang mursyid , damia hanna dan Hasni. hermm harap-harap suatu hari nanti aku juga mampu meletakan nama aku sebaris dengan nama kalian.

Agak melucukan untuk hari ini , bila logam bertemu logam ia menjadi seperti magnet + +, saling menolak antara satu sama lain.. dan terdapat tanah yang selalu di pergunakan dan akan mula terasa. ilmu baru aku dapat..  sekadar suka2.. tak baik mempercayai semua tue.. syirik ,

pasti lepas nie aku akan  rindu pada group 'teruna idaman'.. pasti lepas nie kalian menjadi org2 yang hebat diluar sana... in sha ALLAH rezeki ALLAH luas di bumi nie, tanam kan usaha setinggi gunung..

Tuesday, June 18, 2013

review filem Pee Mak

semalam sempat aku bersama 2 orang rakan baik aku pergi menonton filem Pee Mak di Alamanda. Pee mak yang membawa maksud hantu mak... dari 5 bintang saya kasi 5 bintang... patut lah pangung penuh... tiket ibarat goreng pisang panas.. pada awalnya aku kurang yakin dengan filem ini.. tetapi dengan slumber kami beli juga.. tiket lepas maghrib.. sempat kami solat magrib dahulu sebelum masuk ke pangung.

sunguh tidak mengecewakan. start masuk panggung hingga kuar panggung.. tak henti-henti aku ketawa. lawak  sunguh lah... selain hebat dalam memberi lawak spontan ..tengok muka pelakonnya dah cukup buat aku tergelak lucu..

Pee Mak merupakan kesinambungan cerita nang nak.. kalau nang nak cerita hantu seram thai...kali ini kisah cerita hantu lucu...tp ada juga since2 seday hu3.. tp happy ending la.. so sape yang nk masuk pangung untuk ketawa sesuai la nak tengok cete nie..


Friday, June 14, 2013

erti persahabatan.

apa beza persahabatan, kawan dan rakan? ada berkata persahabatan itu tinggi tarafnya ia ikhlas.. kawan itu ada kala kita sedang bersuka ria.. rakan itu hadir tika kita bersekolah saja.. Namun bagi ku... sahabat itu terlalu bermakna.. Alhamdulilah.. sejak di bangku sekolah, universiti mahupun ketika aku bekerja dahulu aku mempunyai sahabat yang terlalu manis untuk dikenang.. terlalu indah untuk di ingat.. kalian ada dikala aku duka mahupun suka... kekadang aku sayu teringatkan kalian.. terlalu banyak nama mahu aku senaraikan sebagai sahabatku.. setiap dari kalian mempunyai keistimewaan dalam hidupku..


sayu untuk aku berpisah dengan kalian... 

"pertemuan itu mutlak dan perpisahan itu bersyarat"

"kita bertemu kerana ALLAH kita juga berpisah kerana ALLAH"


sahabatku... kalian terlalu bermakna dalam hidupku.. tanpa kalian hidupku ibarat kapal tanpa nahkoda.. tanpa kalian aku ibarat lelayang yang terputus talinya...

doaku buat mu sahabat.. berjaya dengan impian dan cita-cita kalian...





Wednesday, June 12, 2013

Dalam mencari misi dan visi

apa sudah jadi pada SHAWAL yang dulu? aku sendiri pun tak tahu. kadang kala aku tersasar jauh dari apa yang aku rancangkan. Benarlah kata kawan ku.. selagi kita sedar akan kesilapan kita ..kita masih punya masa untuk berubah. sekarang bukan lagi kena berlari tetapi buat pecutan 500% kali ganda dari biasa..

               "Hidup memerlukan pengorbanan dan pengorbanan itu ..kadang kala memeritkan"

Maybe enjin belum panas lagi? atau aku yang terlalu leka. Ya ALLAH terlalu banyak kelekaan dalam beberapa tahun aku di sini. Aku harus bangkit semula. Ya bangkit dengan satu tunjang harapan yang baru.

                                "Orang yang hebat adalah orang yang bangkit dari kegagalan"

 Selamat menempuhi peperiksaan akhir semester buat rakan baik ku di sini : zairi, sham n adil.. All the best.. semoga kalian kekalkan result gempaq korg... dekan lagi sem nie.. cayarlah budak lelaki UO... tak sia2 stay up malam nak stady. Kalian membangakan kaum adam (T_T) bukti bahawa kaum adam juga dpt cabar keputusan  peperiksaan kaum hawa yang selalu maju kehadapan. Manjadda wa jadda !!!!!!





Sunday, June 9, 2013

ADA APA DENGAN IMPIAN???

pasti setiap orang di dunia ini mempunyai impian dan cita-cita.  Habsah Hasan dalam filem Soal Hati ada kuarkan ayat "manusia tanpa impian adalah mati". Ada benarnya. Mana mungkin kita tiada impian untuk hidup. Setia manusia pasti memerlukan hala tuju hidup yang lebih jelas.

Aku terlalu sarat dengan impian. kekadang impian aku juga berubah-rubah ibarat pantai.. senang berubah dek ombak membadai... ada kala nya aku ingin menjadi seorang petani dengan duduk di hulu kampung dan hanya selesa dengan nikmat hasil hutan di kampung. hidup serba sederhana namun cukup tenang dengan kedamaian kampung.. tanpa sebarang asap, tanpa sebarang kesesakan kenderaan dan tidak perlu mengejar material dunia. 

hidup di samping keluarga yang bahagia itu lah impian aku.tak perlu lah emas setinggi gunung.. tak perlu wang setinggi menara...kerana kebahagiaan itu bukan lah letaknya pada dasar luaran.. ia letak di dalam hati.  bila hati berbicara "aku bahagia" nescaya kamukan bahagia". kerana hati tidak pernah menipu.

apa terjadi pada kenangan? semuanya telah aku simpan rapi dalam kotak sejarah hidup aku. kadang kala kita kena terima qadaq dan qadar ALLAH. siapa sangka 17 june 2013 menjadi kenangan hebat untuk aku. selang 10 hari selepas ulang tahun kelahiran aku. semoga ia juga menjadi kenangan manis juga buat 'dia' , sekalung taniah di atas graduasi.. benar lah setiap kejayaan memerlukan pengorbanan..dan kadang kala pengorbanan itu memeritkan.  

Aku berpijak pada bumi realiti.. Aku menerima takdir dengan kesyukuran... syukur aku diberi peluang dan ruang lagi.. Aku memilih untuk bahagia..kerana hidup ini cuma seketika. entah esok entah lusa kita akan pergi menghadap - NYA.  



                                          
                                                                    ~bahagiamu deritaku~

Friday, June 7, 2013

terima kasih teman

Jumaat yang cukup indah.. hari nie aku menyambut hari lahir aku yg ke 27 tahun...  dapat pangilan telefon free dari maxis... so aku mengunakan semaksimum mungkin... hampir semua rakan2 aku yang ada no mxs aku call.. hu3 lepas juga rindu aku pada kalian... benar lah... cuma masa yang menghalang  untuk kite berjumpa..

malam tadi aku bersama rakan :   helmi, yuzairie dan din...sempat makan di luar bersama-sama.. dia kedai makan SRI NANGKA Kajang.. depan trafik light komuter UKM.. hidangan lauk yang best... ikan siakap 3 rasa, tom yam, telur dadar dan ulam timun.... kira mcm sambut bufday aku pulak ea~ (,")


wif helmi n zairi

dengan en helmi (KP)




wif helmi n din..

Thursday, June 6, 2013

Menyambut hari kelahiran ke 27 tahun..

7 june 2013.. Alhamdulilah aku menyambut hari kelahiran ke 27 tahun..  dalam tidak sedar usia semakin mencecah ke angka 30 ..sekejap je masa berlalu.. masih teringat zaman persekolahan yang cukup "best"

 cukup manis untuk dikenang.. pada usia 27 tahun nie masih ada teman-teman yang ingat kan bufday aku..  cukup sekadar ucapan tanda ingatan sudah buat aku rasa di hargai.. ok orang pertama yang wish adalah en rizal muhamad.. awal2 dia wish kt fb aku .. senyum je..ingt lg dia kt aku.. en rizal nie dia pengara tv mhi tv3.. dulu2 mmg aku bercita2 untuk terlibat dlm bdg penyiaran..tetapi tue bukan rezeki aku.. ALLAH beri rezeki lain yang lg hebat (,")..

terima kasih buat NANA.. telefon lama2.. sampai skrg tak lupa kan aku..nyata nilai persahabatan yang terjalin dari zaman 1st degree dl sampai sekarang masih indah tuk kita...


ok.. paling best.. helmi n the geng.. adoila.. sweet gler korg... serius terharu ok.. ari 2 aku dpt pelampung.. nie dpt buku + pembalut  bentuk baju.. sempat korg kuar pergi beli diam2 ek...  yang best yea buku nie la.. adoila.. tajuk buku yea..and thx jugak tuk burger di  tgh mlm di hari ulang tahun kelahiran aku nie..adoila.. even jauh dari family tapi aku ada kawan2 yg prihatin juga ..


semoga berguna tuk masa hadapan (.")

comey yea mie ko bungkus..bentuk baju.. 

                                     
                                         lagu utk korg.. lagu fav sham.. cukup bermakna ... (T__T)

Lirik Lagu Sahabat - Najwa Latif

Kau ada dikala ku suka

Dikala ku duka

setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh



Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku



Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku



Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu



Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku



Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku



Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku



Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku



Sahabatku.



Sunday, June 2, 2013

Hari Orang Kawin (,")


Cuti sekolah sudah bermula.. jadi sana sini kenduri kawin... aku tidak ketinggalan utk ke beberapa kenduri kawin rakan2..  ramai juga kawan2 aku menamatkan zaman bujang yea semalam dan beberapa hari sebelum ini.. taniah buat  syed, mil, hajar  n yan.. semoga rumah tanga yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat kalian dan pasangan...  paling menarik.. semalam aku berpeluang bersama rakan2 kolej ke kenduri kawin kawan kepada kawan...ke sg besar selangor agak jauh dari UKM bangi.. awal pagi kami bertolak.. mengambil masa kira-kira 3 jam 30 minit...  apa yang menarik..sepanjang perjalanan ke sg besar  hampir 30 buah kenduri kawin tepi jalan berlansung sampai jalan jem ..
 sampai saja di  rumah pengantin.. mata kami di saji indah dengan panorama indah sawah padi... sempat juga kami ambil gambar...


dari sg besar terus kami bergerak ke port dickson untuk ke kenduri kawin lg.. sampai lwt di rumah pengantin.. namun meraikan pengantin itu kan yang penting tak kira la sampai lwt pun... senang hati melihat 2 mempelai tersenyum  riang di hari istimewa mereka..  lps isyak baru sempat singah di pantai P.D... paling2 best kami sempat shopping serba sikit brg2 di pasar mlm P.D dan semestinya aku dpt hadiah dari mie.. si pelampung itik....terima kasih helmie
 (T--------------T)

kami di kenduri kawin sg besar... 

taniah buat pengantin..semoga kalian berbahagia sehingga ke  akhir hayat

wif zairi  (mybj)

view yg menarik di sg besar



view sawah padi (,")




bersama pengantin



kami di kenduri di Port Dickson.. pengantin sudah tukar baju...kami yang lewat sampai

tema baju kami adalah jalur2 


di pantai port dickson~::

coretan buat pengantin di buku autograf pengantin (,")

pelampung itik hadiah dari helmie

Jambangan bunga kekwa hadiah dari ahsani abdul malek.