Thursday, November 21, 2013

masalah dengan draf tesis~

huh dah lama tak update blog nie... terasa habuk sini sana... akibat kekangan masa hujung tahun nie..banyak benda kena buat... adus terasa sesak nafas nie... sibuk yea... sempit je rasa... . bulan november... terasa tercabar dek pelbagai keadaan.. status tesis aku yang terlalu banyak bugaannya.. . chapter 1-4 masih lagi banyak perlu diperbaiki... bak kata my supervisor :  u must writing like phd student not like undergradute student..gluppp~ huh masih banyak perlu aku perbaiki dan pelajari.. tapi itu nama yea belajar.. belajar menjadi seorang researcher yang "hebat".. so angap saja itu salah satu teknik pembelajaran yang berkesan untuk aku,

tesis oh tesis... susah yea.. terlalu penat berfikir kekadang... terlalu kritis idea harus di curahkan.. nampak mudah..tapi tak semudah yang difikirkan.. hanya mereka yang melalui saat ini saja dapat merasa apa yang aku rasa... menulis memang mudah..namun untuk keluarkan idea dan mencantum idea  agak sukar.. benar ia ada formula tertentu..namun untuk level aku sekarang.. aku perlu menghasilkan formula aku sendiri...

banyak kesilapan dalam penulisan tesis yang aku dah tahu yang sebelum ini aku tak tahu.. rugi sangat-sangat.. pertama... kena tumpu betul-betul untuk kerangka konseptual... buat betul-betul..silap kerangka konsep.. seluruh tesis anda akan dirombak...

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Assalamualaikum semua... Salam Maal Hijrah 1435. Alhamdulilah kita masih melihat dunia hari ini. Dalam tahun baru islam kali ini..pasti masing-masing punya azam baru? tak kurang yang berasa kosong tanpa ada azam. Aku sendiri ada azam..  Melihat kepada blog seorang rakan ku..aku cukup tertarik membaca.. sediket iktibar aku perolehi.. nyata kebangkitan dari kegagalan sebelum ini itu lebih penting dari kita terus leka tanpa sebarang tindakan. Senaraikan perkara penting yang perlu kita lakukan dan sudah kita lakukan baru kita dapat lihat dengan jelas progress diri kita.

untuk tahun 1435 yg lalu..aku lebih banyak membuang masa.. huhu menyesal yea... okei sekarang masa untuk bangkit... namun tak kurang dengan pelbagai impian aku yang masih belum tercapai.. impian setinggi gunung orang kata.... akhirnya tak tercapai-capai lagi..namun tak rugi kan? sekadar impian... tak perlu bayar apa-apa kan? so boleh la kita nak list banyak mana sekali pun kan??

sekarang aku dah semester 5.. owh.. risau..risau..risau.. untung la dapat supervisor tesis yang cukup memahami... selepas aku mengalami acident beberapa bulan yang lalu.. supervisor aku cukup memahami situasi aku... perlu waktu untuk kembali seperti dulu.. menyesal?? tidak.. sedakar bersyukur dan angap itu ada hikmah...


Monday, October 14, 2013

daki ke gunung Nuang

Aku bersama rakan-rakan kolej berserta rakan-rakan yang baru aku kenali mengambil peluang hujung minggu lalu untuk mendaki gunung Nuang di Hulu Langat Selangor. Ketinggian gunung Nuang sekitar 4899 kaki  dan terletak antara sempadan negeri sembilan dan Pahang.

terasa teruja untuk mendaki gunung bersama rakan-rakan rapat aku di Kolej. Persiapan awal telah kami lakukan.. ketua kami adalah Naim !!! herrr tuan ketua yang garang+ main-main= pening.  gembira sangat dapat daki gunung dengan Sham, Yuzairie, Helmie Din , Naim dan Musa, tapi cukup sedih Adil tak dapat join.. reason? hermm still reason yang sama,  tapi sms adil sebelum n time kami daki gunung tetap kami terima.. ~ ok cukup menarik jangat terkejut.. line celcom still dapat even kat atas bukit tue.. kelakar sham sempat bergayut telefon dengan akak dia dalam kami sibuk mendaki..bagus jugak line celcom nie..~


Awal pagi kami bangun..pukul 4 pagi~ aku terima ketukan pintu dari Yuzairie.. walau alarm hp telah aku kunci jam 4.30 pg~ sempat aku check hp. dua massage, dari Adil dan Naim~ cuaca begitu nyaman.. angin pagi di UKM jelas menusuk ke tulang.. hujan masih mencurah kini.bagaikan tiada henti... risau pulak rasa... lepas ke nak naik gunung dalam hujan begini.. tanah gunung pasti licin. semua yea aku tawakal saja.  masing-masing tidur lewat..hermm maybe semua teruja untuk aktiviti pagi ini.. aku tidak ketinggal...pukul 2 pagi baru dapat lelapkan mata.  Nasib semua barang sudah aku packing lebih awal. sempat lagi aku ge downtown bersama yuzairie dan musa mencari barang keperluan untuk mendaki. 

bersiap serba ringkas.. aku terus ke bilik naim , musa dan sham..jam menunjukan pukul 4.33 pagi . aku mengetuk pintu bili mereka.. ~masing-masing sibuk bersiap. jam 5.30 pagi kami terus bertolak keluar dari UKM dan bersolat subuh di masjid berdekatan rumah sewa Din, 6.30 isi minyak di petronas seksyen 16 dan bertolak pada jam 6.45 pagi ge Gunung Nuang.

sepanjang perjalanan aku hanya berdiam diri didalam kereta.. agak kekok satu kereta dengan rakan perempuan yang belum aku kenal. aku hanya mengambil ruang masa memandang ke pemandangan luar~,


sampai di hulu langat kita-kira jam 8.15 pg.. hermm  teringin untuk singah rumah Baba dan Bonda nak jumpa juwita dan adik-adik angkat aku yang lain.. dah hanpir 6 bulan tak jumpa ,, tapi mungkin tak sempat.. mungkin selepas dapat kereta bulan depan aku akan datang melawat mereka... huh rindu sangat kat budak lebai yang nakal tue.~ 


kami tiba di kaki gunung kira-kira jam 8.30 pg.. masing-masing mula bersiap... sempat kami sarapan pagi nasi goreng yang di sediakan oleh zila~. kira-kira 2 jam kami mendaki akhirnya sampai juga di kem Lolo~, kami di sajikan pemandangan air terjun, pokok buluh dan pelbagai jenis pooko hutan yang cukup indah, ~
tenang rasanya mendegar bunyi air terjun dan air sungai yang mengalir.. perasaan mula teruja melihat air sungai... ini lah salah satu sebab aku rindu kt baba dan bonda.. rindu akan air sungai yang sejuk nie~
sampai saja di kem lolo kami terus bergegas pasang khemah, risau malam mula menjemput semua kerja tertanguh~, sempat kami mandi mandi waktu petang di sungai... budak-budak perempuan sibuk masak untuk makan malam.. sempat aku jenguk, owh buat bbq ayam..

 aku satu khemah dengan helmie n  din... biasa la port kami ambik mmg port baik la..dekat dengan sungai...siap buat tali kain~, sepanjang petang.. sham sibuk menghidupkan ungun api... agak susah memandangkan  hujan awal pagi tadi.. namun usaha sham nyata tidak sia-sia... namun agak tidak best kerana cuma aku, sham n musa saja berada di ungun api.. rakan lain penat dan mengambil peluang rehat di khemah saja.. hermmm ~ cuma kami yang bermain api,

perancangan pada awalnya mendakit ke puncak gunung pada awal 4 pg..namun dengan izin ilahi, nampak nya kami mendaki pada jam 7 pg.. detik tak aku lupa jam sekitar 3 pg.. hujan turun.. dugaan bagi kami lelaki kerana kami berada dalam khemah jenis terbuka~ angin gunung cukup sejuk ketika itu.. dan aku pastinya mula menyerang penyakit lama... aku kalah dengan sejuk..badan aku ibat kena kejutan eletrik mengigil teruk sampai helmi mula menghempit rapat (bukan peluk ea) risau dengan keadaan aku.. haha sayang jugak kamu helmie saya aku (T;T)... namun ketika ambil wuduk untuk solat subuh di sungai keadaan sejuk bertukar nyaman... segar rasanya.. usai solat kami bersiap-siap untuk mendaki ke puncak gunung Nuang.. harap yea dapat la kami tawan.. kira-kira 5 jam untuk sampai ke puncak dari kem Lolo ini.. sempat aku sarapan roti dengan sardin.

aku bersama sham dan helmi berada di barisan belakang.. di hadapan naim, yuzairie n din.. perempuan semua di tengah.... salah seorang budak perempuan yang baru aku kenal ketika itu zila mula letih dan terpaksa rehat.. aku dan sham menemaninya dan memberi laluan untuk rakan-rakan lain bergerak lebih dahulu...sempat aku berkenalan dengan zila..haha sanagat lucu kamu zila..orang sabah mcm sham pastinya mesra orangnya..sepanjang mendaki gunung cukup best..penat bukan sandarannya..namun lebih kepada membina ukuwah antara rakan-rakan...

sekitar jam 12.20 tengah hari baru kami sampai ke puncak punung Nuang.. hah percayalah ... angin puncak gunung cukup sejuk dan kuat... saat matahari terik.. hermm terasa kepuasannya...sempat kami mengambil beberapa keping gambar...


ok sesuatu perkara yang aku tak kan lupa saat naik ke puncak gunung Nuang...adalah semua bekalan makan dan minum kami habis... saat tue aku dengan sham dan zila je rasa.. hahah terasa sekejap survivor dalam hutan... bekalan air dan makanan aku berikan pada yang lebih memerlukan kan..dalam poket seluar cuma ada gula-gula sakit tekak~, adoila... 

kredit to naim.. mmg satu pengurusan mendaki gunung yang best!! dan hampir tersusun.. cuma kita lupa untuk merancang aktiviti tambahan ketika malam sebelum mendaki ke puntuk tue je,

kredit to zila... mmg terer masak... tanpa anda kami mungkin lapar..and to all girls yg masak jugak.. sorry tak sempat kenal semua~

harap-harap nanti dapat daki bukit broga sama-sama nanti~, in sha Allah bulan depan,



Friday, October 11, 2013

semester baru telah bermula (T;T)

Assalamualaikum, terasa lama sudah tak update blog nie.. kekangan waktu membataskan segalanya. awal semester nie terlalu banyak perkara yang terlah berlaku..mungkin juga cantik untuk di jadikan lipatan sejarah untuk hidupp aku. nyata 2013 memberikan aku warna-warna kehidupan. kadang kala aku jatuh tersungkur  berat untuk bangkit..namun aku bertongkatkan azam untuk memanjat tanga ke atas.  setiap manusia punya kisah. Menipu bagi mereka yang berkata " aku tidak punya kisah hidup" biar semua kisah hidup kita itu menjadi kitab hidup yang meberi manfaat untuk kita maju. berduka, sedih, mahu pun kecewa tidak mengapa... nikmati rasa itu semua.. tapi bangkit semula lepas merasa semua emosi itu. jangan takut bermain emosi.. namun harus lah bijak mengawal emosi. sejauh mana kita memandang masa hadapan dengan satu kanda pembesar yang lebih dinamik dan praktikal itu lebih penting.




Friday, August 23, 2013

pinjaman PTPTN

 isu PTPTN hangat dibicarakan, dimana peminjam yang telah meminjam yang ingkar membayar PTPTN akan di senarai hitam di Bank Negara melalui sistem CCRIS. ramai yang mula melenting tentang isu ini.. dan pastinya yang melenting itu adalah dikalangan mereka yang ingkar membayar pinjaman PTPTN. aku mengambil sudut positif tentang isu ini.. bukan niat untuk medabit dada dan menunding jari siapa yang salah... aku terkilan.. terutama bagi komuniti melayu. benar lah kata perpatah "melayu mudah lupa".

bukan isu mampu atau tidak membanyar balik pinjaman berkenaan. kerana pelbagai komen telah aku baca. dan telah aku mentafsir sebaik baik nya.. maaf aku bukanlah pakar ekonomi.. namun aku mentafsir dalam sudut pandang seorang mahasiswa dan masyarat melayu. ada yang telah membuat kiraan hebat dengan kiraan gaji berserta dengan peruntukannya. Aku tidak nafikan bahawa kiraan begitu wujud. Namun dikalangan orang sekitar aku masih belum aku jumpa membuat perbelanjaan begitu. dengan separuh gaji diperuntukan kepada family dan separuh lagi untuk makan? tanpa peruntukan untuk Hp, tab, internet, top up, latop or any gajet n kereta?  bagi yang betul2 ikhlas membantu keluarga bagus lah, itu sgt baik dan pihak kerajaan membuka peluang untuk anda pusat esovensi tuk proses perbincangan. cara nya akan di tunjuk satu persatu oleh pihak terbabit.

aku melihat sekeliling. kawan-kawan ku beraksi mewah dengan kehidupan mereka sekarang. namun bila pihak ptptn membuka suara untuk senarai hitam bagi pembayar yang ingkar mereka mula goyah.. mereka lebih utamakan membeli kereta, dan gajet mahal serta bersuka ria dengan gaji mereka perolehi tiap bulan... pembelian kereta bukan lah tidak wajar.. namun mungkin agak terlalu awal bagi mahasiswa lepasan universiti kan lebih baik anda mengunakan pengankutan awam atau motor kerana ia lebih jimat. disini lah perlunya pengurusan kewangan yang baik. aku tidak menolak untuk pembelian kereta itu tidak wajar namun sekiranya anda mampu silakan (,") kerana ia bergantung kepada individu itu sendiri.

Disamping itu, isu graduan dengan bebanan hutang juga semakin serius. bukan saja hutang ptptn namun di tambah lagi hutang kereta, rumah, pinjaman peribadi. bagi yang sudah bekerja tetap.. mugkin tidak bermasalah.. namun berapa saja baki tiap bulan selepas ditolak semua pinjaman? di situ juga perancangan itu penting. pinjam kereta dan rumah itu mungkin penting.. namun pinjaman untuk peribadi aku rasa tidak perlu.. ramai di kalangan rakan  aku membuat pinjaman peribadi untuk berkahwin dan pergi holiday? bukan kah itu telah mencacatkan keindahan pembinaan masjid rumah tanga itu..yang dimulakan dengan hutang.. mungkin persekitaran hari ini mendesak.. orang sekeliling memandang tinggi majlis perkahwinan yang gah dan mahal dengan perlaminan yang indah.  namun cukup sedih ia hanya bertahan gah dalam masa sehari.. dah anda terpaksa menangung derita membayar pinjaman selama berpuluh tahun? bukan kan lebih baik duit yang ada itu diperuntukan selepas kawin? dimana kehidupan selepas kahwin memerlukan perbelanjaan yang jauh lebih banyak.. rumah sewa, barang rumah, pegangkutan dan jika mengandung pula peruntukan untuk anak. disini lah mulanya bebanan, dan bagi pasangan yang tidak sabar.. pergolakan rumah tanga mula datang.. dan jalan perceraian mula di ambil..kesal kan?

sebab tue, bagi graduan yang baru bekerja susun betul-betul keperluan anda.. bahagi saja kepada 3 pada awal2 nie.. satu tuk ibu bapa, satu tuk diri sendri dan satu tuk membayar pinjaman. aku pasti masalah ini tidak akan timbul.. tp aku kadang-kadang kesal.. melihat kawan2 ku  bergaya hanya dengan duit pinjaman? biarlah hidup berserderhana namun hati anda tenang tanpa perlu membayar hutang yang tinggi. bagi yang berhasrat untuk kahwin.. ini dituju jugak untuk aku..heee.. perlu ada sistem pengurusan wang  yang betul.. perlu ada  benda perlu dan tidak perlu.  perkahwinan yang walau rendah mahar nya namun perkahwinan itu paling indah.. biar rendah saja mahar perkahwinan anda.. namun waktu anda berkahwin dan dalam alam rumah tanga.. anda cukup bahagia.. sweet kan? beruntung klu dapat pasangan mcm 2.. aku melihat sekeliling aku..ada menghabiskan sehingga 20K untuk satu majlis perkahwinan ia nampak mewah..tapi xde manis nya... entah..mungkin aku melihat air muka seri pengantin itu yang tiada. klu ada rasa cinta yang kuat.. dah cukup dengan senyuman bahagia yang terpancar.. dengan majlis yg sederhana..namun kunjungan rakan-rakan dan keluarga itu yg penting.

ramai mula memberi pandangan negetif tentang isu rasuah di malaysia. aku tidak menolak itu.. di mana mana pun pasti ada rasuah.. bukan mengalakan rasuah, tapi aku rasa ia perlu bermula dari diri kita sendri dulu..jauhi rasuah..soal perbandingan senarai hitam peminjam ptptn dan pembebesan menteri mengamalkan rasuah di malaysia..aku hanya mengambil jalan mudah, mengapa perlu mebandingkan kesilapan sendri dengan kesalahan orang lain? biar lah ALLAH yang menghukum mereka yang mengamalkan rasuah. kita sendiri tiada bukti sahih siapa yang mereka amalkan rasuah kan? jika ada sila kan pihak wajid menghukum dan hukum ALLAH nanti jauh lebih berat.

 aku sendiri masih dalam pengajian...mahasiswa yang mencari-cari jalan hidup. aku bukan dilahirkan dikalangan keluarga hartawan.. aku terpaksa bertapak sendiri untuk hidup. dan aku sendiri pastinya merancang untuk berumah tangga. memiliki pasangan hidup tuk menjadi pedamping hingga ke hujung nyawa. aku sendiri perlu banyak belajar tentang pengurusan wang kerana aku bukan lah bekerja tetap memiliki pendapatan bulanan sekadar elaun dari pihak KPT dan simpanan sediket ketika aku bekerja dahalu. mungkin aku lebih senang hidup sederhana.. tetap sama 'ukur baju di badan sendiri'. soal rezeki dan jodoh itu dan tertulis cantik di LOHMAHFUZ, namun bukan kita hanya duduk diam dan menunggu.. usaha itu perlu. bila dah berusaha baru kita berserah. dan itu baru kita puas hati kan? sebab kita dah berusaha. itu yang pentin. sekian, wassalam..

kenangan budak sains pembangunan sesi 2006/2006

Asslamualaikum w.b.t, lama dah rasanya tak update blog nie..last update time uplod gambar lama-lama zaman 1st degree dulu sebab ramai sangat kawan-kawan dah hilang pic nie..rindu katanya nk tengok.. so, sila la tgk puas2 ea.. banyak lg tak terupdate..byk jugak yg hilang..sebahagian dah di uplod di fb.. sungguh indah sungguh memori yang tercipta di antara kita waktu itu.. terlalu ramai kawan-kawan rapat dengan aku waktu itu.. sekarang masa, jarak dan tugas harian membataskan perhubungan kita.. saat aku ingatkan kalian.. terasa rindu waktu dalam class dulu..pasti nya.. rindu dengan macam- macam kerenah kalian..   mana tak yea... budak sains pembangunan punya cerita a.k.a gosip adoila memang hebat.. sampai lecturer2 pun blh tahu.. dan pastinya aku tak terkecuali..adoila..mcm2.. setiap dalam class tue mcm2 perangai dan sikap.. ade yang skema (entah sape la kan) ada yang skor pointer tinggi2 ( ana n shela lah sape lg..) ada yang kuat ketawa ( gopi) ada yang ratu cantik ( liayana n chikin) ada yang keje main2 je sll ( cuai n the geng) ade yang mmg sah tiap class dtg lewat ( tim ) , yg kuat bertanya soalan yg sama ( al hafiz ) so mcm2 rencah la ada dlam class tue.. tak bosan mcm2 bdk pgram lain..yg biasa aku dgr bosan dlm class.. kecuali bdk2 mascom.. yg pastinya terlalu aktif. soal group agmnt tak susah.. cukup setia.. dari sem 1-sem 6.. mmg setia yg sama juga.. dan pasti yea group aku semua org tahu .. nasir,apiz, man , gopi n aku.. 5org.. senang kan.. bukan ape..masing-masing dah tahu tugas masing2.. aku n gopi pasti nya tuk part present n susanan asgmnt,, man tuk part ayt n gaya ukm..nasir slide n teknikal dan apiz part bhn2 rujukan..  best time tue..sebab cukup rasa puas tiap kali selesai present..,