Friday, August 23, 2013

pinjaman PTPTN

 isu PTPTN hangat dibicarakan, dimana peminjam yang telah meminjam yang ingkar membayar PTPTN akan di senarai hitam di Bank Negara melalui sistem CCRIS. ramai yang mula melenting tentang isu ini.. dan pastinya yang melenting itu adalah dikalangan mereka yang ingkar membayar pinjaman PTPTN. aku mengambil sudut positif tentang isu ini.. bukan niat untuk medabit dada dan menunding jari siapa yang salah... aku terkilan.. terutama bagi komuniti melayu. benar lah kata perpatah "melayu mudah lupa".

bukan isu mampu atau tidak membanyar balik pinjaman berkenaan. kerana pelbagai komen telah aku baca. dan telah aku mentafsir sebaik baik nya.. maaf aku bukanlah pakar ekonomi.. namun aku mentafsir dalam sudut pandang seorang mahasiswa dan masyarat melayu. ada yang telah membuat kiraan hebat dengan kiraan gaji berserta dengan peruntukannya. Aku tidak nafikan bahawa kiraan begitu wujud. Namun dikalangan orang sekitar aku masih belum aku jumpa membuat perbelanjaan begitu. dengan separuh gaji diperuntukan kepada family dan separuh lagi untuk makan? tanpa peruntukan untuk Hp, tab, internet, top up, latop or any gajet n kereta?  bagi yang betul2 ikhlas membantu keluarga bagus lah, itu sgt baik dan pihak kerajaan membuka peluang untuk anda pusat esovensi tuk proses perbincangan. cara nya akan di tunjuk satu persatu oleh pihak terbabit.

aku melihat sekeliling. kawan-kawan ku beraksi mewah dengan kehidupan mereka sekarang. namun bila pihak ptptn membuka suara untuk senarai hitam bagi pembayar yang ingkar mereka mula goyah.. mereka lebih utamakan membeli kereta, dan gajet mahal serta bersuka ria dengan gaji mereka perolehi tiap bulan... pembelian kereta bukan lah tidak wajar.. namun mungkin agak terlalu awal bagi mahasiswa lepasan universiti kan lebih baik anda mengunakan pengankutan awam atau motor kerana ia lebih jimat. disini lah perlunya pengurusan kewangan yang baik. aku tidak menolak untuk pembelian kereta itu tidak wajar namun sekiranya anda mampu silakan (,") kerana ia bergantung kepada individu itu sendiri.

Disamping itu, isu graduan dengan bebanan hutang juga semakin serius. bukan saja hutang ptptn namun di tambah lagi hutang kereta, rumah, pinjaman peribadi. bagi yang sudah bekerja tetap.. mugkin tidak bermasalah.. namun berapa saja baki tiap bulan selepas ditolak semua pinjaman? di situ juga perancangan itu penting. pinjam kereta dan rumah itu mungkin penting.. namun pinjaman untuk peribadi aku rasa tidak perlu.. ramai di kalangan rakan  aku membuat pinjaman peribadi untuk berkahwin dan pergi holiday? bukan kah itu telah mencacatkan keindahan pembinaan masjid rumah tanga itu..yang dimulakan dengan hutang.. mungkin persekitaran hari ini mendesak.. orang sekeliling memandang tinggi majlis perkahwinan yang gah dan mahal dengan perlaminan yang indah.  namun cukup sedih ia hanya bertahan gah dalam masa sehari.. dah anda terpaksa menangung derita membayar pinjaman selama berpuluh tahun? bukan kan lebih baik duit yang ada itu diperuntukan selepas kawin? dimana kehidupan selepas kahwin memerlukan perbelanjaan yang jauh lebih banyak.. rumah sewa, barang rumah, pegangkutan dan jika mengandung pula peruntukan untuk anak. disini lah mulanya bebanan, dan bagi pasangan yang tidak sabar.. pergolakan rumah tanga mula datang.. dan jalan perceraian mula di ambil..kesal kan?

sebab tue, bagi graduan yang baru bekerja susun betul-betul keperluan anda.. bahagi saja kepada 3 pada awal2 nie.. satu tuk ibu bapa, satu tuk diri sendri dan satu tuk membayar pinjaman. aku pasti masalah ini tidak akan timbul.. tp aku kadang-kadang kesal.. melihat kawan2 ku  bergaya hanya dengan duit pinjaman? biarlah hidup berserderhana namun hati anda tenang tanpa perlu membayar hutang yang tinggi. bagi yang berhasrat untuk kahwin.. ini dituju jugak untuk aku..heee.. perlu ada sistem pengurusan wang  yang betul.. perlu ada  benda perlu dan tidak perlu.  perkahwinan yang walau rendah mahar nya namun perkahwinan itu paling indah.. biar rendah saja mahar perkahwinan anda.. namun waktu anda berkahwin dan dalam alam rumah tanga.. anda cukup bahagia.. sweet kan? beruntung klu dapat pasangan mcm 2.. aku melihat sekeliling aku..ada menghabiskan sehingga 20K untuk satu majlis perkahwinan ia nampak mewah..tapi xde manis nya... entah..mungkin aku melihat air muka seri pengantin itu yang tiada. klu ada rasa cinta yang kuat.. dah cukup dengan senyuman bahagia yang terpancar.. dengan majlis yg sederhana..namun kunjungan rakan-rakan dan keluarga itu yg penting.

ramai mula memberi pandangan negetif tentang isu rasuah di malaysia. aku tidak menolak itu.. di mana mana pun pasti ada rasuah.. bukan mengalakan rasuah, tapi aku rasa ia perlu bermula dari diri kita sendri dulu..jauhi rasuah..soal perbandingan senarai hitam peminjam ptptn dan pembebesan menteri mengamalkan rasuah di malaysia..aku hanya mengambil jalan mudah, mengapa perlu mebandingkan kesilapan sendri dengan kesalahan orang lain? biar lah ALLAH yang menghukum mereka yang mengamalkan rasuah. kita sendiri tiada bukti sahih siapa yang mereka amalkan rasuah kan? jika ada sila kan pihak wajid menghukum dan hukum ALLAH nanti jauh lebih berat.

 aku sendiri masih dalam pengajian...mahasiswa yang mencari-cari jalan hidup. aku bukan dilahirkan dikalangan keluarga hartawan.. aku terpaksa bertapak sendiri untuk hidup. dan aku sendiri pastinya merancang untuk berumah tangga. memiliki pasangan hidup tuk menjadi pedamping hingga ke hujung nyawa. aku sendiri perlu banyak belajar tentang pengurusan wang kerana aku bukan lah bekerja tetap memiliki pendapatan bulanan sekadar elaun dari pihak KPT dan simpanan sediket ketika aku bekerja dahalu. mungkin aku lebih senang hidup sederhana.. tetap sama 'ukur baju di badan sendiri'. soal rezeki dan jodoh itu dan tertulis cantik di LOHMAHFUZ, namun bukan kita hanya duduk diam dan menunggu.. usaha itu perlu. bila dah berusaha baru kita berserah. dan itu baru kita puas hati kan? sebab kita dah berusaha. itu yang pentin. sekian, wassalam..

1 comment:

charity white said...

Halo,
Ini untuk memberi tahu masyarakat bahwa Nyonya Charity White, pemberi pinjaman swasta memiliki kesempatan finansial untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan, membayar tagihan, untuk berinvestasi dalam bisnis baru atau untuk meningkatkan bisnis Anda. Kami memberikan pinjaman dengan bunga sebesar 2% kepada perusahaan dan perorangan. Ini tidak memerlukan banyak dokumen, juga syarat dan ketentuan yang jelas dan peka. Hubungi kami via e-mail: (charitywhitefinancialfirm@gmail.com) Kami akan memberikan layanan terbaik kami.