Monday, October 14, 2013

daki ke gunung Nuang

Aku bersama rakan-rakan kolej berserta rakan-rakan yang baru aku kenali mengambil peluang hujung minggu lalu untuk mendaki gunung Nuang di Hulu Langat Selangor. Ketinggian gunung Nuang sekitar 4899 kaki  dan terletak antara sempadan negeri sembilan dan Pahang.

terasa teruja untuk mendaki gunung bersama rakan-rakan rapat aku di Kolej. Persiapan awal telah kami lakukan.. ketua kami adalah Naim !!! herrr tuan ketua yang garang+ main-main= pening.  gembira sangat dapat daki gunung dengan Sham, Yuzairie, Helmie Din , Naim dan Musa, tapi cukup sedih Adil tak dapat join.. reason? hermm still reason yang sama,  tapi sms adil sebelum n time kami daki gunung tetap kami terima.. ~ ok cukup menarik jangat terkejut.. line celcom still dapat even kat atas bukit tue.. kelakar sham sempat bergayut telefon dengan akak dia dalam kami sibuk mendaki..bagus jugak line celcom nie..~


Awal pagi kami bangun..pukul 4 pagi~ aku terima ketukan pintu dari Yuzairie.. walau alarm hp telah aku kunci jam 4.30 pg~ sempat aku check hp. dua massage, dari Adil dan Naim~ cuaca begitu nyaman.. angin pagi di UKM jelas menusuk ke tulang.. hujan masih mencurah kini.bagaikan tiada henti... risau pulak rasa... lepas ke nak naik gunung dalam hujan begini.. tanah gunung pasti licin. semua yea aku tawakal saja.  masing-masing tidur lewat..hermm maybe semua teruja untuk aktiviti pagi ini.. aku tidak ketinggal...pukul 2 pagi baru dapat lelapkan mata.  Nasib semua barang sudah aku packing lebih awal. sempat lagi aku ge downtown bersama yuzairie dan musa mencari barang keperluan untuk mendaki. 

bersiap serba ringkas.. aku terus ke bilik naim , musa dan sham..jam menunjukan pukul 4.33 pagi . aku mengetuk pintu bili mereka.. ~masing-masing sibuk bersiap. jam 5.30 pagi kami terus bertolak keluar dari UKM dan bersolat subuh di masjid berdekatan rumah sewa Din, 6.30 isi minyak di petronas seksyen 16 dan bertolak pada jam 6.45 pagi ge Gunung Nuang.

sepanjang perjalanan aku hanya berdiam diri didalam kereta.. agak kekok satu kereta dengan rakan perempuan yang belum aku kenal. aku hanya mengambil ruang masa memandang ke pemandangan luar~,


sampai di hulu langat kita-kira jam 8.15 pg.. hermm  teringin untuk singah rumah Baba dan Bonda nak jumpa juwita dan adik-adik angkat aku yang lain.. dah hanpir 6 bulan tak jumpa ,, tapi mungkin tak sempat.. mungkin selepas dapat kereta bulan depan aku akan datang melawat mereka... huh rindu sangat kat budak lebai yang nakal tue.~ 


kami tiba di kaki gunung kira-kira jam 8.30 pg.. masing-masing mula bersiap... sempat kami sarapan pagi nasi goreng yang di sediakan oleh zila~. kira-kira 2 jam kami mendaki akhirnya sampai juga di kem Lolo~, kami di sajikan pemandangan air terjun, pokok buluh dan pelbagai jenis pooko hutan yang cukup indah, ~
tenang rasanya mendegar bunyi air terjun dan air sungai yang mengalir.. perasaan mula teruja melihat air sungai... ini lah salah satu sebab aku rindu kt baba dan bonda.. rindu akan air sungai yang sejuk nie~
sampai saja di kem lolo kami terus bergegas pasang khemah, risau malam mula menjemput semua kerja tertanguh~, sempat kami mandi mandi waktu petang di sungai... budak-budak perempuan sibuk masak untuk makan malam.. sempat aku jenguk, owh buat bbq ayam..

 aku satu khemah dengan helmie n  din... biasa la port kami ambik mmg port baik la..dekat dengan sungai...siap buat tali kain~, sepanjang petang.. sham sibuk menghidupkan ungun api... agak susah memandangkan  hujan awal pagi tadi.. namun usaha sham nyata tidak sia-sia... namun agak tidak best kerana cuma aku, sham n musa saja berada di ungun api.. rakan lain penat dan mengambil peluang rehat di khemah saja.. hermmm ~ cuma kami yang bermain api,

perancangan pada awalnya mendakit ke puncak gunung pada awal 4 pg..namun dengan izin ilahi, nampak nya kami mendaki pada jam 7 pg.. detik tak aku lupa jam sekitar 3 pg.. hujan turun.. dugaan bagi kami lelaki kerana kami berada dalam khemah jenis terbuka~ angin gunung cukup sejuk ketika itu.. dan aku pastinya mula menyerang penyakit lama... aku kalah dengan sejuk..badan aku ibat kena kejutan eletrik mengigil teruk sampai helmi mula menghempit rapat (bukan peluk ea) risau dengan keadaan aku.. haha sayang jugak kamu helmie saya aku (T;T)... namun ketika ambil wuduk untuk solat subuh di sungai keadaan sejuk bertukar nyaman... segar rasanya.. usai solat kami bersiap-siap untuk mendaki ke puncak gunung Nuang.. harap yea dapat la kami tawan.. kira-kira 5 jam untuk sampai ke puncak dari kem Lolo ini.. sempat aku sarapan roti dengan sardin.

aku bersama sham dan helmi berada di barisan belakang.. di hadapan naim, yuzairie n din.. perempuan semua di tengah.... salah seorang budak perempuan yang baru aku kenal ketika itu zila mula letih dan terpaksa rehat.. aku dan sham menemaninya dan memberi laluan untuk rakan-rakan lain bergerak lebih dahulu...sempat aku berkenalan dengan zila..haha sanagat lucu kamu zila..orang sabah mcm sham pastinya mesra orangnya..sepanjang mendaki gunung cukup best..penat bukan sandarannya..namun lebih kepada membina ukuwah antara rakan-rakan...

sekitar jam 12.20 tengah hari baru kami sampai ke puncak punung Nuang.. hah percayalah ... angin puncak gunung cukup sejuk dan kuat... saat matahari terik.. hermm terasa kepuasannya...sempat kami mengambil beberapa keping gambar...


ok sesuatu perkara yang aku tak kan lupa saat naik ke puncak gunung Nuang...adalah semua bekalan makan dan minum kami habis... saat tue aku dengan sham dan zila je rasa.. hahah terasa sekejap survivor dalam hutan... bekalan air dan makanan aku berikan pada yang lebih memerlukan kan..dalam poket seluar cuma ada gula-gula sakit tekak~, adoila... 

kredit to naim.. mmg satu pengurusan mendaki gunung yang best!! dan hampir tersusun.. cuma kita lupa untuk merancang aktiviti tambahan ketika malam sebelum mendaki ke puntuk tue je,

kredit to zila... mmg terer masak... tanpa anda kami mungkin lapar..and to all girls yg masak jugak.. sorry tak sempat kenal semua~

harap-harap nanti dapat daki bukit broga sama-sama nanti~, in sha Allah bulan depan,



Post a Comment