Monday, June 24, 2013

selamat berjuang sahabatku.

hari yang cukup sepi untuk aku..bukan sepi kerana tiada sesiapa di sekeliling aku.. namun aku sepi dengan berita dari sahabat aku. Berat rasa hati aku untuk mendengarnya.. berat lagi tuan badan yang memikulnya. Sahabat di sebelah bilik aku bakal posting pada 1julai ini . tempat posting nya di SABAH. hermm kenapa sabah? jauh btl.. baru kami merancang lepas tamat pengajian nanti kami tetap berjumpa sekali sekala. tapi kalau di sabah mana mungkin untuk aku ke sana? mungkin dugaan buat kamu sahabatku. pasti lps nie teringat selalu ketukan bilik dan guarau senda bahasa kelantan kamu. terasa berat juga hati untuk berpisah dengan kamu teman. takdir ALLAH. kerana ALLAH kita berjumpa kerana ALLAH juga kita berpisah. tiap2 semester dapat kawan baru (T__T) manun kawan lama tetap di kenang selamanya. Kerana kamu sahabatku ...



No comments: