Sunday, June 9, 2013

ADA APA DENGAN IMPIAN???

pasti setiap orang di dunia ini mempunyai impian dan cita-cita.  Habsah Hasan dalam filem Soal Hati ada kuarkan ayat "manusia tanpa impian adalah mati". Ada benarnya. Mana mungkin kita tiada impian untuk hidup. Setia manusia pasti memerlukan hala tuju hidup yang lebih jelas.

Aku terlalu sarat dengan impian. kekadang impian aku juga berubah-rubah ibarat pantai.. senang berubah dek ombak membadai... ada kala nya aku ingin menjadi seorang petani dengan duduk di hulu kampung dan hanya selesa dengan nikmat hasil hutan di kampung. hidup serba sederhana namun cukup tenang dengan kedamaian kampung.. tanpa sebarang asap, tanpa sebarang kesesakan kenderaan dan tidak perlu mengejar material dunia. 

hidup di samping keluarga yang bahagia itu lah impian aku.tak perlu lah emas setinggi gunung.. tak perlu wang setinggi menara...kerana kebahagiaan itu bukan lah letaknya pada dasar luaran.. ia letak di dalam hati.  bila hati berbicara "aku bahagia" nescaya kamukan bahagia". kerana hati tidak pernah menipu.

apa terjadi pada kenangan? semuanya telah aku simpan rapi dalam kotak sejarah hidup aku. kadang kala kita kena terima qadaq dan qadar ALLAH. siapa sangka 17 june 2013 menjadi kenangan hebat untuk aku. selang 10 hari selepas ulang tahun kelahiran aku. semoga ia juga menjadi kenangan manis juga buat 'dia' , sekalung taniah di atas graduasi.. benar lah setiap kejayaan memerlukan pengorbanan..dan kadang kala pengorbanan itu memeritkan.  

Aku berpijak pada bumi realiti.. Aku menerima takdir dengan kesyukuran... syukur aku diberi peluang dan ruang lagi.. Aku memilih untuk bahagia..kerana hidup ini cuma seketika. entah esok entah lusa kita akan pergi menghadap - NYA.  



                                          
                                                                    ~bahagiamu deritaku~

No comments: