Monday, February 3, 2014

hari2 sepi di UKM

Assalamualaikum,

Terasa lama aku tinggalkan penulisan blog ini. Masa terlalu bermakna dalam situasi aku sekarang. Walau hati berbuak-buak untuk aku menulis blog. Letih lesu di sepanjang hari-hari aku.. pembukaan tahun 2014...sedar tidak sedar sudah pun masuk ke bulan febuari 2014. sekejap saja masa berlalu. 2014.. cukup bermakna bagi aku.. pelbagai kisah suka dan duka di awal tahun 2014 nie berlaku.  bukan tidak teruja untuk aku bercerita di blog.. ingin aku tulis seperti diari A-Z kisah hidup aku.. namun masa untuk menulis itu aku sandarkan pada yg lebih perlu.. untuk aku sekarang penulisan tesis aku masih dalam progress. dan dengan harapan setinggi gunung aku mengharapkan mampu siap draf dalam penghujung tahun nie...

2014 aku mula rindu akan zaman-zaman dahulu~ bukan pemikiran klasik untuk difikirkan namun aku lebih untuk terkenang.. sahabat baik aku sudah tamat pengajian (tak perlu untuk nyatakan namanya) tapi dia adalah kawan terbaik yg pernah aku kenali. Dia nyata seorang yang ikhlas untuk berkawan.. bila dia tiada aku mula teringat-ingat.. nama tidak nya. sepanjang setahun setengah dia di BUMI UKM nie aku berkepit dengan dia..haha lucu betul. macam-macam kisah kami ada.. namun biarlah itu jadi lipatan sejarah untuk masa hadapan.dia mula menampakan aku tentang perjalanan hidup yang lebih jelas..semoga di kau pertemu jodoh isteri yang solehah ~::  dan aku masih harus teruskan perjuangan yang nyata belum selesai di BUMI UKM~


No comments: