Sunday, February 9, 2014

Betulkan Niat

Aku masih tercari-cari... niat aku sebenar ke sini.. ke gedung Ilmu.. bukan calang-calang  tempat yang ku jejak.. tempat melahirkan ramai ilmuwan dan tak kurang orang-orang hebat di luar sana.. Dalam kekusutan menulis tesis aku sempat terpamit kembali kisah lalu..  kisah dibangku sekolah.. untuk aku singkap terlalu manis.. Aku berkobar-kobar untuk jejakkan kaki ke menara gading.. NIAT aku cuma untuk keluar dari kampung dan mendapat peluang kerjaya yang jauh lebih baik.. Dan ketika berpeluang melanjutkan pelajaran ke sini.. aku mula berubah.. kenalan baru aku kenal.. mereka mula merubah aku dari segi pemikiran dan tidak dapat tidak pensyarah juga turut merubah fikiran aku.. Dalam asyik di tahun akhir pengajian peringkat sarjanamuda.. aku mula memasang NIAT untuk menyambung pelajaran ke peringkat master dan PhD? pada ketika itu aku memandang peringat master dan phD ini terlalu hebat.. dan akhirnya aku memilih untuk sambung master pada julai 2009. Perjalanan ketika aku menyambug master terlalu indah.." indah dan mudah".. Allah mempermudahkan segalanya.. Alhamdulilah aku mendapat keputusan yang cemerlang disamping menamatkan pengajian master selama setahun. Dan aku dipermudahkan lagi dengan mendapat peluang pekerjaan sebelum aku tamat pengajian lagi.. mungkin NIAT aku ketika itu untuk membantu keluarga dipermudahkan..kini.. aku harus perbetulkan NIAT aku.. dan aku terasa tersasar jauh.. kenapa aku begitu leka.. sedang sebelum ini seorang yang berfokus.. Manusia sering terleka dan terlupa.. semoga aku tidak lari lagi dari landasan yang sepatutnya...



No comments: