Sunday, February 9, 2014

mulakan kembali konseptual tesis

konseptual.. itulah yang menghantui aku sekarang.. dalam setiap calon phD pasti menemui masalah dalam merangka konseptual mereka sendiri.. bukan tidak mahu meniru mana-mana yang telah sedia ada.. namun akan dipersoal dimana originalitinya? Aku mengeluh panjang di ptsl.. tempat baru aku ketika ini di koleksi asia tengara.. sudah lama aku tidak masuk ke ruang ini.. aku lebih tertumpu di ruang jurnal level 3 ptsl. kerana suasana di sana lebih senyap dan tiada orang lalu lalang.. namun hari ini aku mengambil peluang untuk mencari kawasan baru. harapnya memberi aku motivasi yang lebih untuk menulis. nyata suasana disini lebih bersifat bersaing.. masing-masing mencuba untuk siapkan kerja-kerja yang tertanguh.. dalam cuti semesti ini hampir 80% penghuni ptsl ini terdiri daripada kalangan pelajar pjj sahaja.. dan pasti nya peringkat umur 30-an keatas. jejari aku masih lagi kaku dalam menghadap jurnal-jurnal di laptop dengan mata yang makin kuyu.. aku mencari -cari kekuatan untuk teruskan kerja.. dan aku pegang pada kata-kata : phD bukan untuk pelajar yang pandai namun untuk pelajar yang komited dan rajin.  Banyak aku pelajari dari hari ke hari. pastinya ilmu ini turut mengiringi aku kelak dalam usaha menamatkan pengajian.. nampak mudah namun sukar pada hakikatnya.. iya.. itulah hakikatnya...



No comments: