Saturday, February 8, 2014

Cabaran dalam mendapatkan phD

Terasa waktu berlalu begitu pantas. Begitulah perasaan aku sekarang.. Berada dalam semester 5 phD namun hasil kajian belum lagi selesai. Impian untuk mendapatkan phD dalam usia 28 tahun akhirnya berkecai bak kaca terhempas ke lantai. yang pasti aku tetap redha dan pasrah dengan takdir dan rezeki. Untuk aku kecewa belum lagi .. aku masih akan terus berusaha.. Ramai juga kawan-kawan aku sudah mula menyambung ke peringkat phD di universiti tempatan mahupun universiti luar negara.  dan aku tetap berbanga menyambung phD di Universiti tempatan. Walau dimana sekali pun kita menyambung pelajaran yang penting adalah ilmu yang kita peroleh.. bukan sekadar nama. sepanjang aku bergelar pelajar phd di UKM terlalu banyak aku pelajari dan tak kurang di uji dengan dugaan-dugaan.. dan pastinya tak akan aku mengalah... selagi termampu aku tetapkan pendirian aku aku..

Cabaran paling hebat aku terpaksa tangung pastinya berhadapan dengan supervisor..  akibat kurang persediaan 100% dari segi pembacaan dan penulisan.. aku sering kali ditegur dengan berhikmat.. kekadang rasa malu dengan diri sendiri.. tidak mencapai KPI seorang pelajar PhD.. aku tidak mahu dilebelkan sebagai pelajar yang tidak berkualiti dan sekadar atas nama.. benar pada peringkat sekarang aku perlu gandakan usaha dan lebih fokus. Cabaran kedua adalah psikologi.. yang ini tidak dapat tidak aku memang hampir tersungkur di pertengah jalan.. atas faktor diri aku sendiri yang perlukan teman sebagai penyeri hidup.. terpaksa aku buang jauh-jauh.. bukan bermakna tidak berkawan namun dalam ketika ini aku perlu bersendirian.. daripada perbincangan aku bersama rakan-rakan seperjuangan aku sendri memberi pandangan yang hampir sama.. dan tidak dapat aku lupa kata-kata seorang teman " ada waktu kita perlu berteman dan ada waktu kita perlu bersendirian dan waktu bersendirian itu adalah sekarang".. aku terkesima dengan kata-kata itu.. dan membuang aku terfikir sejenak.. aku sekarang perlu membawa diri sendiri dan menghabiskan sisa-sisa waktu aku di ukm dalam berbulan-bulan ini dalam penulisan tesis aku. jujur aku katakan.. hari-hari aku rindukan sahabat-sahabatku ...terlalu hebat kalian untuk aku lupakan.. terlalu ikhlas persahabatan kalian untuk aku katakan...dan pastinya Norsham Alias berikan kata-kata yang tak kan aku lupakan.. "wal kita perlu kuat dan simpan semua itu dalam hati jika tidak kita tak kan berjaya" .. dalam usia menjangkau ke 30 -an aku harus mula fikirkan hidup berumah tanga..oleh itu aku perlu habiskan phd aku secepat mungkin dan mencari pekerjaan yang bersesuaian.




No comments: