Saturday, April 20, 2013

Tidurlah kamu seperti tidur pengantin

Assalamualaikum w.t.b

Allahamdulilah malam ini diberikan peluang dan ruang untuk aku sekali lagi ke majlis ilmu di UKM. Karnival kolej Dato Onn kini baru sebentar tadi aku kunjungi bersama sahabat-sahabatku.. Walau tanpa sebarang perancangan pada awalnya. Benarlah, perancangan Allah itu jauh lebih hebat. Dari jauh kedegaran merdu alunan Qasidah dari barisan pelajar-pelajar yang lagaknya seperti dari sekolah tahfiz. Barisan gerai-gerai jelas menunjukkan komitmen penganjur kolej Dato Onn, bukan berniat  memperkecilkan anjuran kolej lain di UKM ini namun realitinya begitu.
       
         Topik forum perdana di kolej Dato Onn kali ini cukup menarik didegar. Nama penceramah sukar untuk aku ingat. Namun kata-katanya cukup kemas tersirat. Bagi penilai bahasa mungkin tajuk ini kedegaran lebih kepada soal rumah tangga. Namun hakikatnya ia berkaitan kehidupan kita selepas mati. Dalam kesempatan ini aku ingin berkongsi serba sedikit ilmu yang aku peroleh dari majlis ilmu ini. Mungkin tidak banyak kerana tiada persediaan tanpa kertas dan pen untuk mencatat..Sekadar catatan di minda yang sepi ini...

         "Kehidupan kita pada hari ini mencerminkan bagaimana kehidupan kita di akhirat kelak"


        Kita sering sibuk dengan kehidupan seharian..mengejar kekayaan..membuat persediaan masa depan.. Namun, pernahkan kita terfikir persediaan untuk mati kita? bagaimana persiapan kita di akhirat kelak? adakah cukup cantik amalan kita didunia ini untuk kita bawa berjumpa dengan pencipta kita Allah S.W.T? segala persoalan ini satu persatu dirungkai. Segala Amalan kita akan di persoalan dan akan menyelamatkan kita dari azab api neraka. Solat kita akan disoal.. Puasa akan disoal.. namun yang terpenting sekali adalah agama kita? Jika kita berpegang teguh pada ajaran islam nescara segala amalan kita lakukan di dunia ini In Sha Allah akan menjadi sempurna. Dalam kita berdoa ayuhlah kita sisipkan bersama doa kita agar kita mati dalam islam.  Jika di ajukan soalan.." awak nak masuk syurga tak?" mesti la nak kan? tapi  jika di tanya, Awak nak mati tak???? jawapannya biarlah tuan hamba jawap sendiri....  mudah bukan...kita ingin masuk ke syurga Allah.... yang nyata  indah dan penuh kenikmatan.. tetapi bukan kah kita perlu mati baru boleh kita ke syurga? untuk mati dan masuk ke syurga apakah tiketnya? pastilah amalan soleh kita di dunia ini...

   Sempat beberapa persolan di lontarkan oleh hadirin yang datang.. Walau soalan yang di ajukan berbunyi agak biasa-biasa saja tetapi prinsip dalam persoalan tetap sama saja setiap soalan perlukan jawapan. jawapan yang di beri oleh Ustaz buat aku tersenyum dan berbesar hati menjadi anak jati Pahang.. Ustaz nie orang pahang OK...Bagaimana untuk kita membantu rakan atau diri sendiri untuk mengatasi masalah gangguan ketika tidur atau bercakap ketika tidur atau dalam bahasa yang lebih mudah  mengigau.. dua jawapan diberikan oleh Ustaz.. pertama amalkan bacaan surah Al-Baqrarah ayat 1-6, Ayat kursi dan beberapa surah lain lagi ( maaf terlupa) yang kedua jangan tidur di hadapan tv yang sedang terpasang kerana ada pengaruh dalam minda tidak sedar... so cuba la elak tidur depan tv.. Soalan seterusnya ada hamba Allah ini bertanya tentang keadaan bayi yang meninggal dunia? bagaimana dia diakhirat kelak bentuk fizikalnya?  dari hadith sahih menyatakan bahawa kita akan di bangkitkan di padang masyar dengan keadaan usia lingkungan 20-an..yakni usia muda yang sasa dan segak. So tiada perbezaan antara darjat lagi ketika itu. Tiba-tiba bangkit seorang perempuan bertanyakan soalan berkenaan dosa orang mati yang mempunyai gambar yang tidak menutup aurat yang tetap di tayangkan pada khalayak walaupun dia sudah meninggal dunia.. dosa itu tetap dibawa sehingga akhirat kelak. jawapan yang cukup ringkas. Semoga kita tidak terdiri di kalangan itu. Jadi untuk orang-orang  yang suka uplod gambar-gambar kat FB tue hati-hati lah yea.. jangan sebarang gambar di uplod.. hatta pun, gambar di hp takut-takut ada yang terlepas ke tangan manusia yang tak bertangungjawab. Mencegah itu kan lebih baik.

         Pendekatan yang dilakukan oleh AJK  Karnival Kolej Dato Onn cukup menarik. Sekalung taniah di ucapkan. Pada pengamatan aku bentuk acaranya seperti majlis tilawah al-quran  apabila pakaian yang dipakai penganjur, salingan islamic dan pengacara bersama mengunakan bahasa arab.

Kita Kini hanya menaiki transit ke stesen kematian.. Bila sampai di stesen kematian baru lah kita baru sedar yang kita sudah mati ..


No comments: