Thursday, April 18, 2013

AKU BERCERITA

Novel  Ramlee Awang Mursyid yang terbaru telah aku baca beberapa bulan lalu. Novel yang terakhir aku beli di Popular Mentakab. Sebagai kenangan aku sampai di Mentakab. Seperti biasa RAM tak kan pernah mengecewakan peminatnya. Hasil penulisan novel RAM kali ini cukup buat pembaca tidak sangka penghujung ceritanya. beberapa cerita dalam satu novel di gabung jalin dengan begitu hebat sekali. Isu Writer Block yang di ketengahkan dalam penulisan ini cukup menarik untuk dibaca. Kadang kala aku terfikir bahawa ini kisah sebenar RAM. Namun mana mungkin aspek bayangan lembaga itu wujud. Dalam banyak-banyak cerita dalam novel "Aku Bercerita ini" aku tertarik dengan cerita  kisah kejadian 15mei. Luar jangka. Realistik. Tetapi Logik. Selain buku siri sunan.. aku rasa Buku AKU BERCERITA ini turut menarik dibaca.



No comments: