Thursday, April 18, 2013

Pelaburan Dalam Islam

Terasa terkilan juga hari ini. Aku terlepas peluang untuk mendegar ceremah/seminar berkenaan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam islam dibawah  anjuran fakulti pengajian islam UKM. ada dua sebab kenapa aku terkilan. Pertama sebab bidang OHSAS nie bidang aku.. kedua sebab panelnya ustz Izhar Ariff, antara penceramah/lecturer UKM yang aku minat untuk mendegar cara penyampaiannya. Biarlah maybe bukan rezeki aku. Seringkali telepas perluang bergini.. cukup kecewa time ustzah Fatimah Syarha datang ke UKM berkali-kali aku tidak dapat mendegar juga ceramahnya.In Sha Allah masih banyak majlis ilmu untuk aku lewati. tidak disangka-sangka selepas makan malam bersama rakan-rakan kolej aku berpeluang mendengar forum berkenaan pelaburan dalam Islam anjuran Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM. banyak sungguh limpahan ilmu di bumi UKM tinggal cuma kita hendak atau tidak untuk cuba merangkulnya. Forum baru bermula selepas isyak di Masjid UKM. Pada awal perbincangan aku ibarat burung yang baru belajar terbang. Tak tahu apa yang dibicarakan. Maklum sahaja ia bukan bidang aku. Aku masih setia mendegar. Dua orang ahli panel sudah mula berhujah. Seorang Uszt (En.) dan seorang lagi Prof. kedua-duanya lecturer di UKM. Nyata pendidik di UKM bukan calang-calang orangnya. memiliki ilmu yang meluas dan lontaran idea yang boleh diketegorikan cukup bernas. Banyak ilmu yang ingin aku kongsikan di sini. Pertama, soal persepsi masyarakat berkenaan pelaburan dan sistem ekonomi islam. Di Malaysia kita miliki dua sistem perbankan iaitu konvensional dan perbankan islam. Persoalannya mengapa kita memilih perbankan konvensional sedang kita ada perbankan islam? Bukan kah didalam islam itu sendri menwajibkan untuk kita mencari cara budaya islam dalam kehidupan? kedua, soal keuntungan. sistem konvensional mementingkan keuntungan. sedang perbankan islam tidak, aspek halal dah keberkatan di tekankan dalam perbankan islam. contohnya pinjaman dan insurans. Sememangnya bila kita mengunakan pinjaman dan insurans islamic pembayarannya lebih tinggi berbanding konvensional. Tetapi nilai keberkatan itu jauh lebih tinggi dari nilai menterial. Adakah itu sudah kita perhalusi? Ketika, soal proses dalam sistem pendapatan kita hari ini?sudahkah kita teliti sumber pendapatan kita hari ini? sumbernya datang dari mana?? sedang duit yang kita simpan di bank mungkin di gunakan oleh pihak bank dalam menjana pendapatan kearah yang melangar syarak. 

Sekali lagi isu persepsi berbangkit. Panel ada menyatakan dalam hadith sahih mana saya kurang pasti bahawa  dosa riba itu lebih teruk dari dosa berzina?Namun dalam mentaliti masyarakat hari ini secara normalnya bagi orang yang melalukan dosa berzina tersangatlah hina berbanding dosa orang yang menerima riba yang kadang kali dipanding tinggi dikalangan masyarakat.

Mampukah Malaysia implementasikan sistem ekonomi islam secara total? walaupun, Malaysia merupakan negara islam dan sering dipandang tinggi dan dirujuk sebagai negara islam contoh  dalam  persidangan OIC namun negara kita maish belum boleh berbanga sekiranya rasuah masih bermaharajalela..perbankan islam belum secara total terlaksana..

Isu Unit trust(Amanah saham) juga di utarakan. Sentap juga aku. Aku ada hampir semua Unit trust.. ASB, ASW 2020, ASB loan.. sememangnya ia tidak islamic dan pelaburan nya di ragukan.. Sebelum ini aku hanya memikirkan tentang dividen tanpa memikirkan dari mana sumber dividen itu? Syukur aku mengunakan insurans takaful prudential BSN.. harapnya ia berlandaskan islam seperti yang aku sedia maklum sebelum ini.

'Kita tiada alternatif kita hanya ada kewajipan dalam memilih cara pelaburan dalam islam'


                  

No comments: