Wednesday, April 17, 2013

PELABUHAN KASIH

Pelabuhan Kasih. Novel yang sangat bermakna dalam hidupku. Satu-satunya novel yang pastinya akan membuat aku teringatkan seseorang. Berulang kali aku baca. Novel ini mengisahkan watak seorang perempuan bernama Fatin Nabilah yang berkenalan dengan seorang lelaki bernama Azril Adam. Prinsip yang dipegang oleh Fatin Nabilah cukup membuat aku kagum dengan pendiriannya. Cinta pertama itu pasti menjadi cinta terakhir baginya. Namun selepas berkahwin dengan Azril Adam  timbul pula masalah dalam rumah tanga mereka. Aku cukup tertarik dengan watak Fatin Nabilah yang digambarkan oleh penulis dimana seorang wanita yang berperinsip dan tabah. Selepas berpisah dengan  Azril Adam, nyata prinsipnya harus dia lempar jauh.. perkenalan dengan fadzil membuatkan hatinya luluh.. Cinta pertama sememangnya indah namun tidak bermakna cinta kedua itu tidak sehebat cinta pertama...akhirnya fatin menerima cinta fazil. Akhirnya belabuh jua di pelabuhan kasihnya.






No comments: