Tuesday, April 16, 2013

BUMI CINTA




Aku mula jatuh cinta dengan penulisan Habiburrahman El-Syarazi ini. Semua bukunya telah berjaya aku miliki. Buku Paling popular penulisannya yang telah berjaya difilemkan "Ketika cinta bertasbih" dan "ayat-ayat cinta". Namun yang berjaya mencuit hatiku sehingga kini tetaplah novel BUMI CINTA. Novel yang diperkenalkan oleh sahabat baik aku ini ketika tahun 2011 telah membuatkan aku terus terpaut hati. Kisah pemuda islam indonesia bernama Ayas yang menyambung pelajaran di Rusia. Ayas seorang yang memiliki pegangan teguh pada agama islam terpaksa menyewa bersama housemate wanita.. dimana kedua-duanya memiliki sejarah hidup yang sangat tragis. Sikap ayas yang mencerminkan islam itu indah jelas terpapar didalam novel ini. Ayas berusaha keras untuk mencari rumah sewa lain namum pelbagi dugaan dihadapinya.. cukup menarik di mana watak Ayas digambarkan dengan begitu teliti oleh penulis disamping paparan jelas tentang situasi dan pemandangan indah di bumi rusia. Sungguh aku telah jatuh cinta bersama novel ini. Lagi terharu aku membeli novel ini ketika pesta buku di PWTC 2012 dan ketika itu aku berjaya mendapat autograf dan bergambar bersama habiburahman El-syarazi.
Post a Comment