Wednesday, April 24, 2013

Berkhidmat dengan seikhlasnya

Assalamualaikum w.b.t


 hari ini banyak membuka mata aku tentang emosi. Kejadian semalam telah kemas kusimpan dalam lipatan sejarah hidupku...

 hari ini aku terima satu pangilan dari Pusat kesihatan UKM. Bukan untuk menjatuhkan perkhidmatan. Sekadar untuk Membuat aduan kepuasan pelangan. Kadang-kadang kita lupa tentang hak kita untuk mendapat perkhidmatan yang sebenarnya. Aku dipanggil oleh pihak PK UKM untuk memberi maklum balas tentang kejadian semalam selepas menerima aduan yang telah aku hantar ke pihak pentadbiran UKM. Laporan ku tulis dan aku hantar dengan kemas ke pihak yang bertangungjawab.. Alhamdulilah laporan itu di beri perhatian yang sewajarnya oleh pihak terbabit. Nyata selepas di buat semakan pihak yang terlibat membuat beberapa kesilapan. Pertama tentang komunikasi yang kurang jelas..kedua tentang adab melayan pelangan dan ketiga tentang  prosedur sebenar memberi rawatan. Sebagai seorang pegawai perkara-perkara begini wajar di beri perhatian khusus.. Tindakan yang aku ambil sekadar membela nasib mahasiswa yang kadang kala di tindas dengan mudah oleh segelintir pihak... Prinsip aku tetap sama.. berani kerana benar...Aku tidak akan benarkan sesekali orang menindas aku dengan mudah.. diam ku berisi.. Walau setinggi mana kita berada jangan kita lupa bumi di bawah sana...


 Pengalaman seorang hamba Allah,

 penat berjalan dari PTSL ke PKUKM... sambil sakit gigi.. aku terus ke kaunter.. Aku memberi salam... jawapan salam lambat di sambut... hanya kedegaran sisa kertawa masih bersisa... aku memaklumkan aku sakit gigi...nak cabut gigi..memandang ke belakang...tiada  pesakit yang menunggu.. Aku dimaklumkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu... hanya pada hampir 2 bulan lagi baru aku dapat cabut gigi disebabkan jadual doktor yang penuh... Tiada langsung budi bicara untuk memberi ruang untuk aku di periksa terlebih dahulu... dengan keadaan sakit gigi sambil penat berjalanan dengan menerima layanan kurang mesra.. aku terlepas kata.. " saya dah nazak sakit nie kak..'...    akak kaunter menjawab " adik jgn kata nazak..akak tgk adik nie ok je.."   selepas berbalas-balas kata akhirnya dia memangil doktor.. dengan alasan ada kecemasan... Aku kemudiannya dipangil masuk.. lega boleh juga cabut gigi... Doktor suruh aku bukak mulut...check2.. ok keluar dan buat temu janji... ambil ubat tahan sakit dan antibiotik... rasanya gusi ku tidak bengkak.. dan gigi terasa boleh dicabut.. aku masih tidak  dimaklumkan sebab tidak boleh dicabut... Aku keluar.. dengan nada memerli akak kaunter berkata.." ha... doctor cakap ape? buat apoiment kan?? Aku hanya tersenyum memandang.

Nyata aduan ku di sambut baik oleh pegawai atasan UKM.. Namun aku masih tidak mengerti mengapa pegawai atasan yang berjawatan tinggi lebih mudah untuk bertolenrasi berbanding pegawai rendah yang lebih bersikap emosi mungkin bukan semua begitu.. Kadang-kadang kita lupa tentang apa hak kita?  Bekerja lah dengan ikhlas bukan kerana wang semata-mata... Bagi yang bekerja di perkhidmatan kaunter anda diberi amanah untuk memberi layanan terbaik untuk pelangan.. berilah senyuman walau hati anda sedang berduka... berilah maklumat yang tepat agar pelangan mendapat maklumat sebenar dengan tepat... berbicara lah dengan kata-kata yang sopan agar pelangan tidak merasa kesakitan... Bagi doktor gigi... walau anda berjawatan tinggi.. guna kan lah budi bicara dalam menberi rawatan kepada pesakit...Kita manusia biasa senantiasa mempunyai sifat penat, marah, geram.. namun kadang kala..sifat2 itu biarlah diselindungkan dengan sekemasnya ketika bekerja..terutama bagi mereka yang bekerja melibatkan sektor perkhidmatan... Kaji dahulu potensi dalam diri kita sebelum bekerja.. sekiranya kita bukan lah di kalangan mereka yang mempunyai sifat mesra pelangan dan penyabar jgn lah memilih untuk bekerja di dalam sektor perkhidmatan.. carilah sumber rezeki yang berkat.~itu yang terbaik dalam kita menuju ke titian jannah.

"Besar sungguh tangungjawab seorang pemimpin.. andai silap mentadbir kelak akan disoalkan... "


No comments: