Thursday, April 18, 2013

Kenapa buluh???

Pasti ramai tertanya-tanya mengapa aku meletakan nama blog aku rebung? rebung merupakan tunas muda bagi pokok buluh..Bak kata pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Aku cukup tertarik dengan rasmi buluh. Sebagaimana normalnya masyarakat melayu yang tertarik dengan resmi padi yang semakin berisi semakin menunduk. Resmi buluh pula semua tua semakin teguh berdiri. Dalam konteks ini aku melihat buluh sebagai pohon yang kurang berdaun tanpa dahan tetap mampu meneduhkan bumi. Struktur batang buluh itu sendiri cukup buat aku tertarik disamping warna hijau buluh itu sendiri. Warna hijau buluh cukup tenang bagiku.

Buluh itu sendiri cukup misteri bagiku.. Seperti buluh perindu. dikatakan mempunyai bunyi yang cukup merdu..sambil mempunyai pelbagai mitos. tidak dinafikan buluh perindu juga dijadikan ubat untuk sesetengah penyakit misteri. Menurut kepercayaan sesetengah etnik dikatakan bahawa buluh perindu ini mempunyai tuan atau pemilik orang bunian. Kebenarannya Allahualam.



No comments: