Sunday, May 12, 2013

KASIHNYA IBU

Assalamualaikum w.b.t semua..


Atas permintaan seorang teman ...untuk aku menceritakan tentang hari ibu... semalam hari ibu 12 mei... aku yang hidup berjauhan dari ibu terasa juga sekalung rasa rindu buat mu IBU. terdapat pendapat yang menyatakan bahawa hari ibu ini berasal dari agama kristian..seperti jua hari kekasih... namun tidak salah rasanya kita mengambil nilai-nilai positif dari barat... sekadar tanda ingatan buat insan yang bertarung nyawa melahirkan kita ke dunia ini..walau sering orang berkata biarlah hari-hari ibu...namun cuma pilih lah satu hari yang paling istimewa untuk kita lafazkan ungkapan terindah buat insan yang bergelar ibu...

Buat ibu yang tercinta.. Zimah Binti Noor...terima kasih kerana menjaga, menyayangi,  dan mendidik aku sehingga kini...dan sabar dengan sikap keras kepala anak mu ini...hanya Mak je tahu apa yang aku mahukan dalam hidup ini..

tak lupa juga buat kakak-kakak ku... Noraini binti  Sahid Hamid @ Hussain dan Norfadilahyati binti Sahid Hamid @ Hussain  selamat hari IBU.. kalian juga sangat bermakna dalam hidupku...

3 orang wanita paling aku sayang di Dunia Ini:

1) Zimah Binti Noor
2)Norfadilahyati Binti Sahid Hamid @Hussain
3) Noraini Binti Sahid Hamid @ Hussain

yang ke empat masih belum di isi   (T_T)


pemergiaan ayah dalam usia aku baru mencecah umur 7 tahun menyebabkan segala tanggungjawab terletak di atas bahumu...selama usia itu hanya kami tahu perit getir untuk teruskan hidup... namun dengan erti kesusahan jua aku belajar untuk berusaha...Walau kehidupan kita tidak semudah orang lain... namun itulah ilmu kehidupan yang paling bermakna bagi ku.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya.


"cinta pada ibu lebih high class dari cinta kan kekasih"

hargailah sesuatu yang masih ada di hadapan kita sebelum ia pergi dan kita mula rasa menyesal kerana kehilangannya.. kerana sesuatu yang terbaik untuk kita sering kali kita abaikan bila sudah kehilangan barulah rasa menyesal..



                                                              Syurga Itu terletak di kaki IBU....

No comments: