Wednesday, May 8, 2013

Selepas PRU13

Assalamualaikum semua...

lama rasa yea tak update blog nie... silap aku sendiri tertinggal cabel internet kt kolej ketika aku balik kg untuk mengundi... di facebook rata2 menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan keputusan PRU13 baru2 ini.. tepat pada 5 Mei 2013..PRU 13 berlangsung dengan jayanya... ini kali ke dua aku mengundi.... dengan hampir 85% rakyat Malaysia yang telah mendaftar sebagai pengundi telah keluar membuang undi masing-masing... kemeriah setiap parti yang bertanding jelas tergambar... namun tidak kurang dengan sikap fanatik sesetengah penyokong parti politik terbabit.. 

Aku bukan lah dalam golongan yang hebat berkata-kata dalam bidang politik..namun aku tetap mengambil tahu serba sedikit tentang politik di Malaysia.. pelbagai taburan provokasi dan fitnah muncul dalam PRU13 kali ini.. bagi masyarakat yang matang berfikir jangan lah mudah melenting mahupun menerima 100% setiap dari berita yang disampaikan.. fikir dulu kebenaranya... aku tidaklah memihak pada mana2 parti politik.. bagi aku setiap parti politik ada kepincangannya masing2.. aku lebih berminat pada pemilihan calon.. calon yang berketrampilan dan berkreabiliti.. calon itu lah wajar di angkat sebagai pemimpin...

Aku membuang undi bagi parlimen Rompin dan Adun Tioman... calon pilihan aku terus terang aku sokong Dato J.J.. walau ada insan2 yang tak berapa suka pada Dato J.J tapi aku tetap hormat dan kagum dengan pencapaian dan etika kerja nya... yang penting tidak sombong dengan orang rakyat... teringat masa aku di bangku sekolah Dato j.j pernah memegang dagu aku dah berkata sesuatu yang sampai hari ini segar dalam kotak fikiran aku.  Dato J.J berjaya memegang tapok pemerintahan di bandar Rompin selama 3 kali PRU.  Sebagai graduan sarjana muda sains pembangunan..aku dapat melihat dengan jelas aspek-aspek pembangunan yang dibawa oleh beliau...jadi kenapa perlu TUKAR kepada pemimpin yang masih belum jelas kemampuan pembangunan yang di bawa?


Yang paling menarik untuk PRU13 kali ini..dengan memperkenalkan dakwat kekal oleh SPR... dakwat tue takde la kekal lama pun..sehari je dah ilang..Rumah dah siap pahat pun berbunyi..itulah peribahasa yang sesuai diberikan kan bagi PRU13 ini..aku mula bosan mendegar ketidak puasan hati sesetengah penyokong parti ...aku tetap berpegang pada satu..percaya lah pada pihak SPR... lagi pun..klu ada undi tipu... kenapa kelantan , selangor n pulau pinang tetap milik PR??? terutama selangor... baik la pihak BN rebut selagor dengan membuat pelbagai helah untuk takluk balik selangor..tp tak kan?? so  kita boleh pertikaikan bahawa PR buat helah kemenangan di kelantan? ada pengundi hantu jugak kot??

normal lah...manusia tak kan pernah puas... selalu ada tidak puas dengan apa yang dimiliki.. bukan kah lebih baik menghargai apa yang sudah dimiliki itu??? namun tugas seorang pemimpin bukan senang... kelak akan disoal di Akhirat... 

selepas berakhirnya PRU13 kali ini.. diharap parti masing2 akan berusaha untuk menunaikan manifesto masing2.. jgn  janji tinggal janji (v__V),  

No comments: