Teman yang baik adalah umpama hujan
yang menyejukkan, mentari yang menghangatkan, cahaya yang menutupi kegelapan
dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan, dari pandangan hati, kita saling
kasih mengasihi, bukan hanya cinta, bukan sekadar sayang, kita semua bersama,
atas dasar keikhlasan dan kejujuran, yang hadir dalam diri kita….
Mungkinkah setiap insan, yang bersama
kita itu ikhlas dan jujur pada persahabatan, bukan mudah untuk mencari teman
yang baik, kadang-kala ia sudah berada dihadapan mata, tatkala persepsi kita
sahaja, terus membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari…
Kadang-kala jua teman yang baik berasal daripada seorang
insan yang pernah mengkhianati kita, tetapi cahaya hidayah dan keinsafan,
membuatkan dirinya, kembali ke landasan yang betul, kerana dia tersedar
daripada khayalan diri, yang diselubungi syaitan dan nafsu, keikhlasan dan
kejujuran, tidak boleh diukur, kerana ia tersimpan di dalam hati, yang sukar
dijangka dan diketahui, oleh orang lain. Apatah lagi kepercayaan tulus, yang
juga bukan mudah, untuk dilihat melalui pandangan mata.. Semua hanya mampu
dinilai, oleh pandangan hati yang telus, niatkan diri kita, sebelum berteman,
kerana ia adalah permulaan, kepada ukhwah yang sejati…
Berdoalah kepada ALLAH, agar
dipertemukan sebuah persahabatan, yang akan memanfaatkan diri, yang akan
meninggalkan, memori silam, yang bakal menghasilkan, kebahagiaan yang kekal dan
jangan terlalu memilih, kerana mungkin, disebalik pasir itu, ada mutiara.. Jangan
pula terlalu membuka hati kita menerima semua untuk menemani kita, masakan
disebalik madu itu ada racun.. Hati yang telus, bila termakan racun, tatkala
menaruh madu, kelak hati itu, akan tertutup untuk menerima orang lain, itulah
kekecewaan, yang melukakan dan sukar dirawat, hargailah setiap insan, yang
menerima diri kita, walau apa jua keadaan, belajarlah untuk menerima teman yang
memperbaiki diri kita..
Belajarlah juga, bagaimana untuk
menutupi kelemahan teman kita, jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri
menuju ke jalan ALLAH, berkata-kata baik, berbudi bahasa sesama teman, kelak
nanti ia akan menguntungkan kita, jika ada kesalahan, maafkanlah, jika ada
kelemahan, perbaikilah, jika ada kebaikan padanya, contohi dia, marilah
bersama-sama meniti jambatan kejayaan, terimalah kehadirannya dengan hati yang
terbuka, pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum
menerima mereka, oleh itu berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan
yang terbina itu akan kekal, hanya ALLAH yang tahu pengakhirannya, hanya Dialah
yang tahu siapa yang layak bersama kita, biarlah kita berteman ramai kerana
dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita....AMIINNNN….
No comments:
Post a Comment