Friday, May 10, 2013

MASA itu EMAS

Dalam menjangkau usia 27 tahun.. aku mula tercari-cari
arah hidup.. aku bukanlah insan yang tidak mempunyai matlamat hidup. Namun, aku mempunyai perancangan hidup ku sendiri. Dalam masa yang singkat ini terasa terlalu banyak perkara yang ingin aku gapai.. walau tangan cuma dua...24 jam sehari...namun ,aku terfikir sejenak dunia ini hanya sementara teringat akan kata-kata jiran sebelah bilikku. Kata-katanya terkesan dibenak fikiranku, katanya hidup ini ibarat transit di lapangan terbang yang mana kita tidak tahu bila tarikh dan masa yang tepat untuk kita berangkat. Namun berbeza dengan realiti dunia hari ini ,walaupun transit seketika di lapangan terbang kita sudah tahu masa dan tarikh sebenar kita akan berangkat. Semestinya ,pasti dan pasti kita tidak akan lalai dan berlengah-lengah kerana kita mungkin akan terlepas masa penerbangan.,,,,

nukilan bersama: yuzairie blok k7c.


perjalanan hidup ini.. yang sangat panjang.. bagaikan.. kembara... yang tiada hujungnya.. di sini ku berdiri..
di persimpangan.. jauh pandangan yang masih ku pendam....

No comments: