Sunday, May 12, 2013

KASIHNYA IBU

Assalamualaikum w.b.t semua..


Atas permintaan seorang teman ...untuk aku menceritakan tentang hari ibu... semalam hari ibu 12 mei... aku yang hidup berjauhan dari ibu terasa juga sekalung rasa rindu buat mu IBU. terdapat pendapat yang menyatakan bahawa hari ibu ini berasal dari agama kristian..seperti jua hari kekasih... namun tidak salah rasanya kita mengambil nilai-nilai positif dari barat... sekadar tanda ingatan buat insan yang bertarung nyawa melahirkan kita ke dunia ini..walau sering orang berkata biarlah hari-hari ibu...namun cuma pilih lah satu hari yang paling istimewa untuk kita lafazkan ungkapan terindah buat insan yang bergelar ibu...

Buat ibu yang tercinta.. Zimah Binti Noor...terima kasih kerana menjaga, menyayangi,  dan mendidik aku sehingga kini...dan sabar dengan sikap keras kepala anak mu ini...hanya Mak je tahu apa yang aku mahukan dalam hidup ini..

tak lupa juga buat kakak-kakak ku... Noraini binti  Sahid Hamid @ Hussain dan Norfadilahyati binti Sahid Hamid @ Hussain  selamat hari IBU.. kalian juga sangat bermakna dalam hidupku...

3 orang wanita paling aku sayang di Dunia Ini:

1) Zimah Binti Noor
2)Norfadilahyati Binti Sahid Hamid @Hussain
3) Noraini Binti Sahid Hamid @ Hussain

yang ke empat masih belum di isi   (T_T)


pemergiaan ayah dalam usia aku baru mencecah umur 7 tahun menyebabkan segala tanggungjawab terletak di atas bahumu...selama usia itu hanya kami tahu perit getir untuk teruskan hidup... namun dengan erti kesusahan jua aku belajar untuk berusaha...Walau kehidupan kita tidak semudah orang lain... namun itulah ilmu kehidupan yang paling bermakna bagi ku.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya.


"cinta pada ibu lebih high class dari cinta kan kekasih"

hargailah sesuatu yang masih ada di hadapan kita sebelum ia pergi dan kita mula rasa menyesal kerana kehilangannya.. kerana sesuatu yang terbaik untuk kita sering kali kita abaikan bila sudah kehilangan barulah rasa menyesal..



                                                              Syurga Itu terletak di kaki IBU....

Belajar menerima kelebihan dan kekurangan seseorang

ibarat kata pepatah "kuman seberang laut nampak gajah depan mata tak nampak" . Kita dengan mudah memperlekehkan setiap kelemahan orang. mudah juga mencari silap dan salah orang.. sedang kita jarang sekali untuk muhasabah diri sendiri? Begitulah manusia.. cukup terasa diri ini hebat dari segalanya.. namun tidak semua begitu.. masih ada insan dalam golongan beringat... ingat akan mati.. ingat akan balasan hari akhirat.. jadi mereka jua yang ingat untuk tidak meninggi diri. Siapa saja kita di atas bumi ALLAH ini. Kadang-kadang kita sering terleka dengan keindahan dunia...

Aku kadang-kadang terasa untuk hentikan segalanya apa yang aku buat skrg.. dan terus melangkah ke satu arah ke sana saja.

"Perasaan dan hati kadang kala buat kita keliru"



Saturday, May 11, 2013

Ukwah...antara kita.....



Teman yang baik adalah umpama hujan yang menyejukkan, mentari yang menghangatkan, cahaya yang menutupi kegelapan dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan, dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi, bukan hanya cinta, bukan sekadar sayang, kita semua bersama, atas dasar keikhlasan dan kejujuran, yang hadir dalam diri kita….
Mungkinkah setiap insan, yang bersama kita itu ikhlas dan jujur pada persahabatan, bukan mudah untuk mencari teman yang baik, kadang-kala ia sudah berada dihadapan mata, tatkala persepsi kita sahaja, terus membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari…
Kadang-kala jua  teman yang baik berasal daripada seorang insan yang pernah mengkhianati kita, tetapi cahaya hidayah dan keinsafan, membuatkan dirinya, kembali ke landasan yang betul, kerana dia tersedar daripada khayalan diri, yang diselubungi syaitan dan nafsu, keikhlasan dan kejujuran, tidak boleh diukur, kerana ia tersimpan di dalam hati, yang sukar dijangka dan diketahui, oleh orang lain. Apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah, untuk dilihat melalui pandangan mata.. Semua hanya mampu dinilai, oleh pandangan hati yang telus, niatkan diri kita, sebelum berteman, kerana ia adalah permulaan, kepada ukhwah yang sejati…
Berdoalah kepada ALLAH, agar dipertemukan sebuah persahabatan, yang akan memanfaatkan diri, yang akan meninggalkan, memori silam, yang bakal menghasilkan, kebahagiaan yang kekal dan jangan terlalu memilih, kerana mungkin, disebalik pasir itu, ada mutiara.. Jangan pula terlalu membuka hati kita menerima semua untuk menemani kita, masakan disebalik madu itu ada racun.. Hati yang telus, bila termakan racun, tatkala menaruh madu, kelak hati itu, akan tertutup untuk menerima orang lain, itulah kekecewaan, yang melukakan dan sukar dirawat, hargailah setiap insan, yang menerima diri kita, walau apa jua keadaan, belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki diri kita..
Belajarlah juga, bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita, jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan ALLAH, berkata-kata baik, berbudi bahasa sesama teman, kelak nanti ia akan menguntungkan kita, jika ada kesalahan, maafkanlah, jika ada kelemahan, perbaikilah, jika ada kebaikan padanya, contohi dia, marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan, terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka, pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka, oleh itu berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal, hanya ALLAH yang tahu pengakhirannya, hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita, biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita....AMIINNNN….

Erti Kebahagiaan

Dalam kehidupan pasti kita mencari kebahagiaan.. kebahagiaan itu terlalu subjektif.. ada orang bahagia dengan wang ringgit? ada org bahagia dengan wanita? ada orang bahagia dgn ilmu? ada orang bahagia dengan kuasa? aku pula bahagia dengan permintaan hatiku.

Aku memilih kebahagiaan dengan cara aku sendiri...Dalam meniti usia yang begitu singkat..aku hanya mahukan kebahagian dalam hidup aku. Aku bukan la seorang yang kaya dengan wang ringgit.. Namun, cukup la dengan rezeki Allah telah berikan utk aku.. Aku menjadi bahagia saat aku melihat orang sekeliling aku bahagia..


Aku sendiri mempunyai impian hidup.. bahagia rasa saat impian mula tercapai.. tidak pernah terlintas untuk menjadi orang kaya untuk aku mencapai kebahagiaan.. namun cukup lah memiliki sebuah keluarga yang sarat dengan kasih sayang...dan saling menghormati...


Saat bahagia aku juga bila berjumpa dengan buku .. bau buku sudah buat aku leka.. antara tempat  shopping aku paling suka semestinya kedai-kedai buku..

sudah pasti aku memilih untuk bahagia.. dan sebelum kita bahagia kita perlulah membahagiakan...



Friday, May 10, 2013

MASA itu EMAS

Dalam menjangkau usia 27 tahun.. aku mula tercari-cari
arah hidup.. aku bukanlah insan yang tidak mempunyai matlamat hidup. Namun, aku mempunyai perancangan hidup ku sendiri. Dalam masa yang singkat ini terasa terlalu banyak perkara yang ingin aku gapai.. walau tangan cuma dua...24 jam sehari...namun ,aku terfikir sejenak dunia ini hanya sementara teringat akan kata-kata jiran sebelah bilikku. Kata-katanya terkesan dibenak fikiranku, katanya hidup ini ibarat transit di lapangan terbang yang mana kita tidak tahu bila tarikh dan masa yang tepat untuk kita berangkat. Namun berbeza dengan realiti dunia hari ini ,walaupun transit seketika di lapangan terbang kita sudah tahu masa dan tarikh sebenar kita akan berangkat. Semestinya ,pasti dan pasti kita tidak akan lalai dan berlengah-lengah kerana kita mungkin akan terlepas masa penerbangan.,,,,

nukilan bersama: yuzairie blok k7c.


perjalanan hidup ini.. yang sangat panjang.. bagaikan.. kembara... yang tiada hujungnya.. di sini ku berdiri..
di persimpangan.. jauh pandangan yang masih ku pendam....

Thursday, May 9, 2013

Kau dan Aku




Aku...huda.. nana dan amirul.. kami berempat berkawan sejak tahun 2006... sekarang telah menjangkau usia  7 tahun persahabatan kami... Alhamdulilah sejak dari bangku sekolah.. hinggalah ke Universiti aku di kelilingi oleh rakan2 yang ambil berat dan prihatin pada aku... namun aku ingin abadikan  kisah aku dan mereka (HMN)...  mirul paling awal menamatkan zaman bujangnya dengan gadis impian yea.. mungkin juga jodoh nya lebih awal dari kami bertiga.. indah sungguh jika di imbas kembali zaman tue.. kita tak sama fakulti.. tak sama minat.. tak sama pendapat... namun kite sefahaman.. aku pun xtaw.. mana letaknya ikatan sefahaman itu.. tapi.. bila aku dengan korang..aku rasa happy.. aku rasa mcm2 nk cerita cm2... serius aku rindu kat korang.. aku sorang2 lg kt UKM.. tanpa korg... rindu tuk sambut bufday party sama2.. rindu nk mkn sama2.. rindu nk gaduh2 dengan pendapat yg berbeza...semua yea manis bila dgn korg... takpernah aku rasa kesal berjumpa dgn korg.. lebih rasa bersyukur dpt dipertemukan dgn korg.... hari ini kembali mengusik kenangan semalam.. aku ternanti2 saat bertemu korg.. video huda kc aku ada lg...video yang buat aku tersenyum sorg2 saat tue... Kolej Aminuddin Baki banyak nya kenangan aku kat sana bersemadi dgn kalian semua... tak lupa..rakan2 blok.. wan, saha, mizi..apiz.. semua dah ada life masing2..

aku tetap ingat korang : huda: berkali berkali...berkali ku kata padamu kita singah didunia hanya sementara..
nana: bawa barang banyak2 mcm nk balik kg..tidur semalam je bilik huda , mirul: bilik 404... ko buat ape tue mirul?? lancar laju buah tembikai susu jatuh..

                                                     "semusim bersama seumur hidup terasa"

port::: bawah payung... tapak best TSS... minum air jepun kt FEP.. 




                                               


               
               









Wednesday, May 8, 2013

Selepas PRU13

Assalamualaikum semua...

lama rasa yea tak update blog nie... silap aku sendiri tertinggal cabel internet kt kolej ketika aku balik kg untuk mengundi... di facebook rata2 menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan keputusan PRU13 baru2 ini.. tepat pada 5 Mei 2013..PRU 13 berlangsung dengan jayanya... ini kali ke dua aku mengundi.... dengan hampir 85% rakyat Malaysia yang telah mendaftar sebagai pengundi telah keluar membuang undi masing-masing... kemeriah setiap parti yang bertanding jelas tergambar... namun tidak kurang dengan sikap fanatik sesetengah penyokong parti politik terbabit.. 

Aku bukan lah dalam golongan yang hebat berkata-kata dalam bidang politik..namun aku tetap mengambil tahu serba sedikit tentang politik di Malaysia.. pelbagai taburan provokasi dan fitnah muncul dalam PRU13 kali ini.. bagi masyarakat yang matang berfikir jangan lah mudah melenting mahupun menerima 100% setiap dari berita yang disampaikan.. fikir dulu kebenaranya... aku tidaklah memihak pada mana2 parti politik.. bagi aku setiap parti politik ada kepincangannya masing2.. aku lebih berminat pada pemilihan calon.. calon yang berketrampilan dan berkreabiliti.. calon itu lah wajar di angkat sebagai pemimpin...

Aku membuang undi bagi parlimen Rompin dan Adun Tioman... calon pilihan aku terus terang aku sokong Dato J.J.. walau ada insan2 yang tak berapa suka pada Dato J.J tapi aku tetap hormat dan kagum dengan pencapaian dan etika kerja nya... yang penting tidak sombong dengan orang rakyat... teringat masa aku di bangku sekolah Dato j.j pernah memegang dagu aku dah berkata sesuatu yang sampai hari ini segar dalam kotak fikiran aku.  Dato J.J berjaya memegang tapok pemerintahan di bandar Rompin selama 3 kali PRU.  Sebagai graduan sarjana muda sains pembangunan..aku dapat melihat dengan jelas aspek-aspek pembangunan yang dibawa oleh beliau...jadi kenapa perlu TUKAR kepada pemimpin yang masih belum jelas kemampuan pembangunan yang di bawa?


Yang paling menarik untuk PRU13 kali ini..dengan memperkenalkan dakwat kekal oleh SPR... dakwat tue takde la kekal lama pun..sehari je dah ilang..Rumah dah siap pahat pun berbunyi..itulah peribahasa yang sesuai diberikan kan bagi PRU13 ini..aku mula bosan mendegar ketidak puasan hati sesetengah penyokong parti ...aku tetap berpegang pada satu..percaya lah pada pihak SPR... lagi pun..klu ada undi tipu... kenapa kelantan , selangor n pulau pinang tetap milik PR??? terutama selangor... baik la pihak BN rebut selagor dengan membuat pelbagai helah untuk takluk balik selangor..tp tak kan?? so  kita boleh pertikaikan bahawa PR buat helah kemenangan di kelantan? ada pengundi hantu jugak kot??

normal lah...manusia tak kan pernah puas... selalu ada tidak puas dengan apa yang dimiliki.. bukan kah lebih baik menghargai apa yang sudah dimiliki itu??? namun tugas seorang pemimpin bukan senang... kelak akan disoal di Akhirat... 

selepas berakhirnya PRU13 kali ini.. diharap parti masing2 akan berusaha untuk menunaikan manifesto masing2.. jgn  janji tinggal janji (v__V),