konseptual.. itulah yang menghantui aku sekarang.. dalam setiap calon phD pasti menemui masalah dalam merangka konseptual mereka sendiri.. bukan tidak mahu meniru mana-mana yang telah sedia ada.. namun akan dipersoal dimana originalitinya? Aku mengeluh panjang di ptsl.. tempat baru aku ketika ini di koleksi asia tengara.. sudah lama aku tidak masuk ke ruang ini.. aku lebih tertumpu di ruang jurnal level 3 ptsl. kerana suasana di sana lebih senyap dan tiada orang lalu lalang.. namun hari ini aku mengambil peluang untuk mencari kawasan baru. harapnya memberi aku motivasi yang lebih untuk menulis. nyata suasana disini lebih bersifat bersaing.. masing-masing mencuba untuk siapkan kerja-kerja yang tertanguh.. dalam cuti semesti ini hampir 80% penghuni ptsl ini terdiri daripada kalangan pelajar pjj sahaja.. dan pasti nya peringkat umur 30-an keatas. jejari aku masih lagi kaku dalam menghadap jurnal-jurnal di laptop dengan mata yang makin kuyu.. aku mencari -cari kekuatan untuk teruskan kerja.. dan aku pegang pada kata-kata : phD bukan untuk pelajar yang pandai namun untuk pelajar yang komited dan rajin. Banyak aku pelajari dari hari ke hari. pastinya ilmu ini turut mengiringi aku kelak dalam usaha menamatkan pengajian.. nampak mudah namun sukar pada hakikatnya.. iya.. itulah hakikatnya...
Sunday, February 9, 2014
Betulkan Niat
Aku masih tercari-cari... niat aku sebenar ke sini.. ke gedung Ilmu.. bukan calang-calang tempat yang ku jejak.. tempat melahirkan ramai ilmuwan dan tak kurang orang-orang hebat di luar sana.. Dalam kekusutan menulis tesis aku sempat terpamit kembali kisah lalu.. kisah dibangku sekolah.. untuk aku singkap terlalu manis.. Aku berkobar-kobar untuk jejakkan kaki ke menara gading.. NIAT aku cuma untuk keluar dari kampung dan mendapat peluang kerjaya yang jauh lebih baik.. Dan ketika berpeluang melanjutkan pelajaran ke sini.. aku mula berubah.. kenalan baru aku kenal.. mereka mula merubah aku dari segi pemikiran dan tidak dapat tidak pensyarah juga turut merubah fikiran aku.. Dalam asyik di tahun akhir pengajian peringkat sarjanamuda.. aku mula memasang NIAT untuk menyambung pelajaran ke peringkat master dan PhD? pada ketika itu aku memandang peringat master dan phD ini terlalu hebat.. dan akhirnya aku memilih untuk sambung master pada julai 2009. Perjalanan ketika aku menyambug master terlalu indah.." indah dan mudah".. Allah mempermudahkan segalanya.. Alhamdulilah aku mendapat keputusan yang cemerlang disamping menamatkan pengajian master selama setahun. Dan aku dipermudahkan lagi dengan mendapat peluang pekerjaan sebelum aku tamat pengajian lagi.. mungkin NIAT aku ketika itu untuk membantu keluarga dipermudahkan..kini.. aku harus perbetulkan NIAT aku.. dan aku terasa tersasar jauh.. kenapa aku begitu leka.. sedang sebelum ini seorang yang berfokus.. Manusia sering terleka dan terlupa.. semoga aku tidak lari lagi dari landasan yang sepatutnya...
Saturday, February 8, 2014
Cabaran dalam mendapatkan phD
Terasa waktu berlalu begitu pantas. Begitulah perasaan aku sekarang.. Berada dalam semester 5 phD namun hasil kajian belum lagi selesai. Impian untuk mendapatkan phD dalam usia 28 tahun akhirnya berkecai bak kaca terhempas ke lantai. yang pasti aku tetap redha dan pasrah dengan takdir dan rezeki. Untuk aku kecewa belum lagi .. aku masih akan terus berusaha.. Ramai juga kawan-kawan aku sudah mula menyambung ke peringkat phD di universiti tempatan mahupun universiti luar negara. dan aku tetap berbanga menyambung phD di Universiti tempatan. Walau dimana sekali pun kita menyambung pelajaran yang penting adalah ilmu yang kita peroleh.. bukan sekadar nama. sepanjang aku bergelar pelajar phd di UKM terlalu banyak aku pelajari dan tak kurang di uji dengan dugaan-dugaan.. dan pastinya tak akan aku mengalah... selagi termampu aku tetapkan pendirian aku aku..
Cabaran paling hebat aku terpaksa tangung pastinya berhadapan dengan supervisor.. akibat kurang persediaan 100% dari segi pembacaan dan penulisan.. aku sering kali ditegur dengan berhikmat.. kekadang rasa malu dengan diri sendiri.. tidak mencapai KPI seorang pelajar PhD.. aku tidak mahu dilebelkan sebagai pelajar yang tidak berkualiti dan sekadar atas nama.. benar pada peringkat sekarang aku perlu gandakan usaha dan lebih fokus. Cabaran kedua adalah psikologi.. yang ini tidak dapat tidak aku memang hampir tersungkur di pertengah jalan.. atas faktor diri aku sendiri yang perlukan teman sebagai penyeri hidup.. terpaksa aku buang jauh-jauh.. bukan bermakna tidak berkawan namun dalam ketika ini aku perlu bersendirian.. daripada perbincangan aku bersama rakan-rakan seperjuangan aku sendri memberi pandangan yang hampir sama.. dan tidak dapat aku lupa kata-kata seorang teman " ada waktu kita perlu berteman dan ada waktu kita perlu bersendirian dan waktu bersendirian itu adalah sekarang".. aku terkesima dengan kata-kata itu.. dan membuang aku terfikir sejenak.. aku sekarang perlu membawa diri sendiri dan menghabiskan sisa-sisa waktu aku di ukm dalam berbulan-bulan ini dalam penulisan tesis aku. jujur aku katakan.. hari-hari aku rindukan sahabat-sahabatku ...terlalu hebat kalian untuk aku lupakan.. terlalu ikhlas persahabatan kalian untuk aku katakan...dan pastinya Norsham Alias berikan kata-kata yang tak kan aku lupakan.. "wal kita perlu kuat dan simpan semua itu dalam hati jika tidak kita tak kan berjaya" .. dalam usia menjangkau ke 30 -an aku harus mula fikirkan hidup berumah tanga..oleh itu aku perlu habiskan phd aku secepat mungkin dan mencari pekerjaan yang bersesuaian.
Wednesday, February 5, 2014
Bila cuti semester
Bila cuti semester semua orang balik
Bila cuti semester aku tertinggal tak bali-balik
Bila cuti semester aku tercari-cari balik
Mana kawan?
Mana Lawan?
Sepi kolej
Sepi lagi hati aku..
Hilang kawan
Hilang lah semangatku..
Hayat tesis semakin pendek...
Supervisor memekik mekik..
Jangan nak berbodek bodek..
Bila cuti semester aku tertinggal tak bali-balik
Bila cuti semester aku tercari-cari balik
Mana kawan?
Mana Lawan?
Sepi kolej
Sepi lagi hati aku..
Hilang kawan
Hilang lah semangatku..
Hayat tesis semakin pendek...
Supervisor memekik mekik..
Jangan nak berbodek bodek..
Monday, February 3, 2014
hari2 sepi di UKM
Assalamualaikum,
Terasa lama aku tinggalkan penulisan blog ini. Masa terlalu bermakna dalam situasi aku sekarang. Walau hati berbuak-buak untuk aku menulis blog. Letih lesu di sepanjang hari-hari aku.. pembukaan tahun 2014...sedar tidak sedar sudah pun masuk ke bulan febuari 2014. sekejap saja masa berlalu. 2014.. cukup bermakna bagi aku.. pelbagai kisah suka dan duka di awal tahun 2014 nie berlaku. bukan tidak teruja untuk aku bercerita di blog.. ingin aku tulis seperti diari A-Z kisah hidup aku.. namun masa untuk menulis itu aku sandarkan pada yg lebih perlu.. untuk aku sekarang penulisan tesis aku masih dalam progress. dan dengan harapan setinggi gunung aku mengharapkan mampu siap draf dalam penghujung tahun nie...
2014 aku mula rindu akan zaman-zaman dahulu~ bukan pemikiran klasik untuk difikirkan namun aku lebih untuk terkenang.. sahabat baik aku sudah tamat pengajian (tak perlu untuk nyatakan namanya) tapi dia adalah kawan terbaik yg pernah aku kenali. Dia nyata seorang yang ikhlas untuk berkawan.. bila dia tiada aku mula teringat-ingat.. nama tidak nya. sepanjang setahun setengah dia di BUMI UKM nie aku berkepit dengan dia..haha lucu betul. macam-macam kisah kami ada.. namun biarlah itu jadi lipatan sejarah untuk masa hadapan.dia mula menampakan aku tentang perjalanan hidup yang lebih jelas..semoga di kau pertemu jodoh isteri yang solehah ~:: dan aku masih harus teruskan perjuangan yang nyata belum selesai di BUMI UKM~
Thursday, November 21, 2013
masalah dengan draf tesis~
huh dah lama tak update blog nie... terasa habuk sini sana... akibat kekangan masa hujung tahun nie..banyak benda kena buat... adus terasa sesak nafas nie... sibuk yea... sempit je rasa... . bulan november... terasa tercabar dek pelbagai keadaan.. status tesis aku yang terlalu banyak bugaannya.. . chapter 1-4 masih lagi banyak perlu diperbaiki... bak kata my supervisor : u must writing like phd student not like undergradute student..gluppp~ huh masih banyak perlu aku perbaiki dan pelajari.. tapi itu nama yea belajar.. belajar menjadi seorang researcher yang "hebat".. so angap saja itu salah satu teknik pembelajaran yang berkesan untuk aku,
tesis oh tesis... susah yea.. terlalu penat berfikir kekadang... terlalu kritis idea harus di curahkan.. nampak mudah..tapi tak semudah yang difikirkan.. hanya mereka yang melalui saat ini saja dapat merasa apa yang aku rasa... menulis memang mudah..namun untuk keluarkan idea dan mencantum idea agak sukar.. benar ia ada formula tertentu..namun untuk level aku sekarang.. aku perlu menghasilkan formula aku sendiri...
banyak kesilapan dalam penulisan tesis yang aku dah tahu yang sebelum ini aku tak tahu.. rugi sangat-sangat.. pertama... kena tumpu betul-betul untuk kerangka konseptual... buat betul-betul..silap kerangka konsep.. seluruh tesis anda akan dirombak...
tesis oh tesis... susah yea.. terlalu penat berfikir kekadang... terlalu kritis idea harus di curahkan.. nampak mudah..tapi tak semudah yang difikirkan.. hanya mereka yang melalui saat ini saja dapat merasa apa yang aku rasa... menulis memang mudah..namun untuk keluarkan idea dan mencantum idea agak sukar.. benar ia ada formula tertentu..namun untuk level aku sekarang.. aku perlu menghasilkan formula aku sendiri...
banyak kesilapan dalam penulisan tesis yang aku dah tahu yang sebelum ini aku tak tahu.. rugi sangat-sangat.. pertama... kena tumpu betul-betul untuk kerangka konseptual... buat betul-betul..silap kerangka konsep.. seluruh tesis anda akan dirombak...
Monday, November 4, 2013
Salam Maal Hijrah 1435
Assalamualaikum semua... Salam Maal Hijrah 1435. Alhamdulilah kita masih melihat dunia hari ini. Dalam tahun baru islam kali ini..pasti masing-masing punya azam baru? tak kurang yang berasa kosong tanpa ada azam. Aku sendiri ada azam.. Melihat kepada blog seorang rakan ku..aku cukup tertarik membaca.. sediket iktibar aku perolehi.. nyata kebangkitan dari kegagalan sebelum ini itu lebih penting dari kita terus leka tanpa sebarang tindakan. Senaraikan perkara penting yang perlu kita lakukan dan sudah kita lakukan baru kita dapat lihat dengan jelas progress diri kita.
untuk tahun 1435 yg lalu..aku lebih banyak membuang masa.. huhu menyesal yea... okei sekarang masa untuk bangkit... namun tak kurang dengan pelbagai impian aku yang masih belum tercapai.. impian setinggi gunung orang kata.... akhirnya tak tercapai-capai lagi..namun tak rugi kan? sekadar impian... tak perlu bayar apa-apa kan? so boleh la kita nak list banyak mana sekali pun kan??
sekarang aku dah semester 5.. owh.. risau..risau..risau.. untung la dapat supervisor tesis yang cukup memahami... selepas aku mengalami acident beberapa bulan yang lalu.. supervisor aku cukup memahami situasi aku... perlu waktu untuk kembali seperti dulu.. menyesal?? tidak.. sedakar bersyukur dan angap itu ada hikmah...
untuk tahun 1435 yg lalu..aku lebih banyak membuang masa.. huhu menyesal yea... okei sekarang masa untuk bangkit... namun tak kurang dengan pelbagai impian aku yang masih belum tercapai.. impian setinggi gunung orang kata.... akhirnya tak tercapai-capai lagi..namun tak rugi kan? sekadar impian... tak perlu bayar apa-apa kan? so boleh la kita nak list banyak mana sekali pun kan??
sekarang aku dah semester 5.. owh.. risau..risau..risau.. untung la dapat supervisor tesis yang cukup memahami... selepas aku mengalami acident beberapa bulan yang lalu.. supervisor aku cukup memahami situasi aku... perlu waktu untuk kembali seperti dulu.. menyesal?? tidak.. sedakar bersyukur dan angap itu ada hikmah...
Subscribe to:
Posts (Atom)


